“Pindah Rumah”. Bila dengar je perkataan ni mesti anda akan rasa happy kan. Lagi lagi kalau rumah baru yang nak berpindah itu lebih luas daripada rumah sekarang, bilik lebih banyak dan dalam persekitaran yang selesa.
Tapi dalam pada masa yang sama, akan terlintas dalam kepala anda tentang proses-proses yang banyak kena buat. Dari segi mengemas perabot, buku anak-anak, pakaian satu family, soal mover dan macam macam lagilah.
Jadi, apa yang nak dikongsikan pada artikel kali ni adalah tentang cara atau tips yang boleh anda gunakan untuk memudahkan proses perpindahan rumah anda.
#1- Tetapkan Tarikh Pindah Rumah
Pastikan anda pilih tarikh yang anda ‘available’ dan tak ada apa-apa urusan pada hari perpindahan tu. Tarikh yang paling ideal adalah pada masa cuti panjang atau hujung minggu. Anda tak bekerja, anak-anak dah cuti. Lebih mudah untuk berpindah macam tu.
Plan tarikh tu dari awal. Kalau tak nanti kelam kabut sebab takut ada clash dengan urusan penting yang lain.
#2- Bagitahu Tuan Rumah
Terutama sekali bagi anda yang tinggal rumah sewa sebelum ni, pastikan infrom pada tuan rumah yang anda akan berpindah pada tarikh sekian sekian. Kita masuk cara baik, kita keluar pun kena cara baik la kan. Tak bolehlah lesap gitu je.
Sebab kebiasaannya rumah sewa, mesti akan ada perjanjian untuk stay kat situ berapa lama dan tempoh yang anda dah setuju. Jadi biarlah kita keluar dengan beradab.
#3- Survey Lori Mover Yang Sesuai
Berapa bajet anda untuk lori? Berapa tan lori yang anda perlukan? Besar ke sederhana ke kecik ke? Semua ni anda dah kena fikirkan.
Survey harga yang sesuai dengan membandingkan 4-5 syarikat lori yang berbeza serta servis yang ditawarkan. Berbaloi atau tak? Kalau bajet tinggi sikit, bolehla pilih syarikat movers and packers yang professional.
#4- Buat Checklist
Lebih bagus kalau anda dapat senaraikan setiap barang yang nak dibawa pindah nanti. Maybe bagi sesetengah orang benda ni nampak macam skema tapi bukan apa, almaklumlah manusia ni kan mudah lupa.
Buatlah list pada kertas atau telefon supaya senang nanti, tak adalah tercicir barang-barang yang nak dibawa. Pakaian, pinggan mangkuk, buku-buku, TV, perabot, rice cooker dan lain-lain lagi.
#5- Kotak, Pita Pelekat dan Pembalut Plastik
Beli barang-barang ni di kedai-kedai berhampiran anda. Tujuannya untuk susunan barang-barang anda lebih sistematik dalam lori nanti. Macam kotak tu, anda boleh je minta dari kedai runcit atau pasaraya kalau tak digunakan lagi. Free of charge selalunya.
Pembalut plastik tu boleh guna just in case kalau nak elak barang dari kotor atau calar.
#6- Labelkan Setiap Kotak
Label pada setiap kotak apa isi dalamnya. Kalau pinggan tulis pinggan, kalau buku tulis buku. Jangan salah label pulak. Nanti tak pasal barang-barang berkaca pecah sebab ingatkan bukan benda-benda fragile.
Selain tu, bila anda dah labelkan kotak-kotak ni, lagi mudah nanti nak tahu apa barangnya kat dalam. Tak payah nak buka satu-satu. Dah boleh terus letak kotak pada port yang nak disusun je. Jimaaaattt masa.
Nota: Pastikan barang berkaca atau mudah pecah berbalut tebal dengan surat khabar atau bubble wrap. Safety first.
#7- Jual Barang-barang Lama
Mana barang yang dah tak pakai atau dah tak guna tapi masih elok, lebih baik anda jualkan. Jual lah di Carousell atau Mudah. Hasil jualan tu boleh guna modal bayar duit lori dan belanja yang lain. Kan ada untungnya tu, daripada anda buang atau simpan macam pekasam.
Kalau berhajat untuk tambah amal jariah, boleh sedekahkan barang-barang ni pada mereka yang memerlukan. Mesti akan lebih dipermudahkan urusan pindah rumah anda.
#8- Asingkan Barangan Yang Berharga
Misal kata anda ada barang antik, komputer, laptop, atau barang kemas. Pastikan anda dah asingkan barang yang berharga awal-awal supaya barangnya selamat dan tak hilang masa hari perpindahan.
Letakkan dalam satu kotak atau beg dan jangan biarkan barang-barang ni diangkat oleh pekerja pemindahan rumah. Kalau anda sendiri tak apalah.
#9- Selesaikan Semua Bil-bil Yang Ada
Selesaikan semua bil eletrik, bil air, bil IndahWater atau apa-apa bil yang perlu dibayar. Jangan buat buat lupa pula bil-bil yang ada tu. Mudahkan proses mengembalikan rumah kepada tuan rumah supaya tak ada lah nanti anda kena hadap penolakan deposit atau masalah-masalah lain.
Kalau yang pindah dari apartmen servis, make sure pulangkan balik semua kad akses, lobi, gym dan kad parking yang anda pernah ada.
#10- Buat Plan Susunan Barang
Kalau taknak stress, awal awal lagi dah kena plan susunan barang untuk rumah baru. Mana sudut yang patut anda letak sofa? Meja makan? TV paling strategik letak mana?
Bila anda dah ada plan, anda dapat jimat masa untuk menyusun. Barang yang banyak pun dapat settle dengan mudah. Tak serabut kepala waktu hari pindah tu.
Ha senangkan kalau ada panduan. Itu sahaja untuk artikel kali ini.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ye!