Nak buat simpanan deposit rumah ini ada banyak cara. Kita tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan kita kemudian praktikkan. Nak mula menyimpan itu tidak susah tapi nak konsisten menyimpan itu yang ramai gagal. Tak ramai mampu disiplinkan diri mereka.
Untuk artikel kali ini kami nak kongsikan dengan ada 3 idea yang boleh anda gunakan untuk uat simpanan deposit rumah. Jom baca.
1. Simpanan biasa
Simpanan biasa ni mungkin ramai dah tahu. Sama macam zaman kita sekolah dulu. Ada duit lebih kita simpan.
Cuma sekarang mungkin kita dah berkerja. Jadi andai kata kita dapat gaji setiap bulan, dah boleh buat simpanan. Banyak atau sikit terpulang ikut kemampuan kita. Pastikan ada portion daripada gaji kita asingkan untuk simpanan deposit rumah. Nak 30% daripada gaji boleh, 20% boleh, 10% boleh, kurang daripada 10% pun boleh. Yang penting konsisten sahaja. Tiada paksaan dalam menyimpan. Nasihat akan kekal nasihat. Anda yang menentukan ikut kesesuaian kewangan anda. Sebab lain orang, lain komitmennya.
Bank seperti Maybank sendiri pun ada sediakan satu apps yang boleh anda pantau simpanan dan perbelanjaan anda. Nama apps tersebut MAE. Boleh cuba.
Kalau anda takut anda terguna duit simpanan anda untuk belanja yang tak sepatutnya. Bina dua account bank berbeza. Satu untuk simpanan, satu untuk belanja. Jadi, kalau nak guna duit untuk beli apa-apa, akses masuk account untuk duit belanja tu sahaja. Simpanan anda jangan kacau.
2. Simpanan paksa rela
Simpanan paksa rela ini sangat bagus untuk sesiapa yang ada masalah boros berbelanja. Ini salah satu jalan yang ramai orang guna untuk capai target simpanan mereka dengan lebih cepat. Dapat duit, terus simpan dalam platform tertentu. Kebiasaannya orang akan gunakan ASB dan Tabung Haji untuk guna teknik simpanan paksa rela ni. Mereka akan setkan auto-deduct terus duit mereka dan masukkan ke dalam account ASB/Tabung Haji.
Selain itu, ada juga yang gunakan simpanan yang mereka ada dengan menukarkan ia menjadi emas. Mereka beli emas fizikal seperti di Public Gold sebagai langkah tabungan mereka. Ada yang hanya bermula dengan simpanan 1 gram sahaja.
Apa yang menarik lagi jika anda simpan dalam platform seperti ini, duit anda lebih mudah untuk grow kerana ada kenaikan pada setiap platform. Macam ASB sendiri ada dividen tahunan yang mana lebih tinggi berbanding jika anda buat simpanan biasa di bank.
3. Simpanan tabung warna
Teknik simpanan tabung warna ni dari sebelum tahun 2000 dah ada. Cara menyimpan dia mudah sahaja. Buat beberapa tabung mengikut warna duit ringgit malaysia yang kita ada. Katakan warna merah untuk RM10. Warna biru untuk duit RM50. Warna ungu untuk RM100. Setiap kali ada duit yang menepati warna tabung kita tu, kita terus simpan. Nampak simple tapi ianya sangat terbukti berkesan. Bahkan ada yang guna cara ini sebagai simpanan untuk membeli motor, kereta dan macam-macam lagi. Jadi, apa salahnya kita letak target simpanan tersebut untuk digunakan modal untuk downpayment rumah.
Namun begitu, cara ini tidak berapa digalakkan atas faktor keselamatan. Ada risiko rumah anda akan dipecah masuk. Jika anda ingin lakukan teknik ini saranan terbaik simpanlah dalam peti besi yang berkod atau nak lagi selamat simpan sahaja di bank simpanan anda. Lebih selamat dan terjamin.
Kesimpulannya
Banyak lagi cara menyimpan duit yang boleh anda gunakan. Selain menyimpan, anda juga boleh melabur dalam beberapa platform untuk mengembangkan lagi duit anda untuk mencapai target kewangan yang anda ingini. Apa-apa pun terus konsisten dalam menyimpan. Setiap bulan letakkan beberapa peratusan untuk simpanan deposit rumah. Lambat atau cepat bergantung kepada berapa banyak amaun yang anda simpan dan berapa jauh konsisten simpanan anda.
Semoga tips yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membuka minda anda tentang simpanan deposit rumah.
Kalau ada antara anda yang sedang mencari rumah boleh klik SINI. Kami cuba bantu anda.