Info Hartanah

3 Kelebihan Menyewa Rumah di Malaysia

Beli atau sewa rumah masing-masing ada kelebihan tersendiri. Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan 3 kelebihan utama jika anda menyewa rumah:

1. Fleksibel

Fleksibel yang dimaksudkan disini adalah mudah untuk berpindah atau kebebasan geografi. Kita boleh pindah di mana-mana lokasi yang kita inginkan. Ia turut memudahkan urusan buat mereka yang sering berpindah tempat kerja. Hal ini kerana mereka tidak perlu risaukan keadaan rumah sendiri yang terbiar atas faktor kerja diluar kawasan untuk beberapa tempoh lamanya. Hanya perlu fokus pada pencarian rumah mengikut kriteria yang dimahukan dan bajet sedia ada.

2. Tidak terikat dengan hutang pembiayaan rumah

Hutang rumah kebiasaannya melibatkan tempoh yang panjang (sekitar 30-35 tahun). Yang mana ianya akan ditanggung sehingga hutang tersebut dilangsaikan kepada pihak institusi kewangan seperti bank. Namun jikalau anda menyewa, anda tidak terbeban dek hutang rumah dan komitmen bank. Dengan ini, profil kewangan anda tidak akan terkesan kerana kurang risiko kewangan dari segi pembayaran semula secara bulanan.

3. Tiada cukai dikenakan

Selain daripada ansuran pembayaran bulanan untuk rumah yang dibeli. Terdapat kos lain juga yang sesetengah orang terlepas pandang seperti cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Sebagai contoh, untuk membeli rumah anda perlu membayar duti setem untuk setiap pembelian rumah. Selain itu, bagi pemilik rumah anda juga perlu membayar cukai pintu, cukai tanah dan sinking fund. Lazimnya, jika anda menyewa, kos-kos ini tidak perlu dibayar bergantung pada persetujuan antara penyewa dan pemilik hartanah. Dengan itu, anda sudah dapat jimat kos untuk bahagian tersebut.

Belajar sesuatu? Semoga bermanfaat.

BACA: Guna 7 Tips Untuk Buat Pencarian Rumah Sewa Anda Jadi Lebih Mudah

Masih tercari-cari rumah sewa yang sesuai dengan bajet sedia ada? Jom kami bantu anda.

Klik SINI

Related Posts

Compare

Enter your keyword