Info Hartanah

4 Cara Halau Lipas Dalam Rumah

Antara major turn off semua orang adalah bila ada lipas dalam rumah. Kalau dia dah mula merayap, confirm tak senang duduk kita jadinya. Belum cerita kalau dia terbang. Naya dibuatnya. Segala sumpah keluar dari mulut sebab kita tahu lipas ni sifat di kotor dan suka kekotoran. Tambah lagi, ia boleh mendedahkan kita kepada penyakit-penyakit terutama penyakit kulit, keracunan makanan dan macam-macam lagi.

Untuk artikel kali ini, admin nak kongsi dengan anda 4 cara yang anda boleh guna untuk halau lipas. Cara terakhir tu paling paling penting. Tak apply cara yang terakhir ni memang no wonder lah lipas datang lagi

1. Ubat Gegat

Cara ni memang paling cliche. Of course salah satu cara terbaik nak halau bangsa lipas ni ialah dengan cara guna ubat gegat. Lagipun alternatif ni senang nak dapat kat kedai. Ubat gegat ini bertindak dengan mengeluarkan bau yang tidak digemari lipas dan akan bertindak menghalau lipas ini secara tidak langsung.

2. Racun Serangga

Kalau tengok kedai-kedai sekarang macam-macam jenama ada. Mostly dalam bentuk semburan. Macam brand ada: Shieldtox, Ridsect etc. Tinggal pilih aje. Selain itu, ada juga dalam pasaran sekarang racun serangga yang memang khas untuk lipas sahaja. Yang tu pun boleh cuba guna.

3. Perangkap Lipas

Sebenarnya, selain ada perangkap tikus, perangkap lipas pun kita boleh buat sendiri sebenarnya. Kira DIY je. Cara dia sangat mudah.

  1. Sediakan minyak, marjerin dan susu pekat
  2. Campurkan bahan-bahan tadi dalam satu bekas kosong
  3. Biarkan semalaman

Dengan cara ini, lipas akan terperangkap. Susu pekat akan menjadi umpan manakala minyak pula akan memerangkap lipas di dalam kerana licin dan menyukarkan lipas nak lepaskan diri untuk keluar.

4. Kerap Cuci Rumah

Point ni paling penting. Lipas ni memang secara fitrahnya Tuhan jadikan memang suka benda yang kotor. Jadi bila satu satu kawasan tu tak bersih. Memang akan jadi salah satu tempat favourite dia untuk datang dan merayap. Terutama pada kawasan-kawasan seperti:

  1. Plastik sampah yang tak tertutup
  2. Ada tumpahan minyak masak di permukaan dapur atau periuk
  3. Sisa makanan di permukaan lantai dapur
  4. Perkakas dapur yang berminyak dan lain-lain

Solusi terbaik. Kerapkan cuci kawasan yang kita rasa terdedah untuk serangga perosak ni datang. Rajin-rajin lap kawasan yang berminyak. Plastik sampah elakkan dari terbuka. Cuci mana yang perlu.

Belajar sesuatu? Bolehlah SHARE artikel ni kat kawan-kawan. Semoga bermanfaat.

BACA: Berapa Banyak Saya Kena Ready Deposit Untuk Sewa Rumah?

Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?

1. Combo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258

Related Posts

Compare

Enter your keyword