Info Hartanah

4 Pesanan Untuk Bakal Pembeli Rumah Pertama

Setiap daripada kita pasti akan ada rasa keterujaan bila bercerita tentang nak beli rumah pertama. Namun dalam keterujaan tersebut jangan leka dan alpa. Ada beberapa pesanan yang perlu anda hadam dan fikir sebelum membuat apa-apa keputusan. Berikut kami kongsikan bersama anda.

1. Mula jaga profil kewangan anda dari awal

Sebelum anda membuat keputusan membeli rumah, pastikan rekod kewangan anda dalam keadaan yang baik. Baik dari segi apa? Baik dari segi pembayaran balik komitmen-komitmen bulanan anda dengan pihak bank seperti bayaran kereta, motorsikal, kad kredit, personal loan dan lain-lain. Elakkan ada tunggakan dan buatlah bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan.

Hal ini demikian, pembelian rumah lazimnya memerlukan pembiayaan daripada pihak institusi perbankan. Bermakna di sini anda perlu buat permohonan pembiayaan jika mahu membeli rumah. Dengan menjaga rekod kewangan anda, ia memberi potensi yang tinggi untuk permohonan anda diluluskan oleh pihak bank. Maka, jaga rekod kewangan anda bermula dari sekarang agar dapat memudahkan urusan anda di kemudian hari.

2. Ciptakan rekod kewangan

Elakkan daripada tiada langsung komitmen bulanan (clean record) kerana bank tidak dapat memastikan bahawa anda seorang peminjam yang baik atau tidak (good pay master). Oleh itu, cara terbaik untuk anda lakukan adalah dengan mengambil kad kredit atau ASBF atau beli kenderaan yang mampu anda miliki. Bayar komitmen bulanan ini mengikut ketetapan masa dan amaun yang diberikan. Dengan ini, ia dapat membuktikan anda seorang peminjam yang bagus. Bank pun akan lebih mudah untuk berikan pembiayaan perumahan untuk anda.

3. Cari rumah yang sepadan dengan gaji kita

Berimpian itu tidak salah namun perlu selari dengan kemampuan gaji kita. Sebaiknya semak anggaran kelayakan sebelum membeli rumah. Hal ini demikian kerana ia dapat menjimatkan masa anda, memudahkan anda untuk cari rumah yang sesuai dengan gaji serta komitmen sedia ada. Selain itu, anda juga dapat menganggarkan berapa banyak amaun deposit yang perlu anda sediakan untuk membeli rumah (10% deposit + 5% untuk kos-kos lain)

4. Jangan ikut gaya hidup kawan

Jangan hanya inginkan pujian melambung, kita ikut gaya hidup kawan kita. Sampaikan membeli rumah pun kita tidak mahu mengalah dan ingin tiru gaya hidupnya juga. Celikkan minda anda dan sedar bahawa pujian melambung tidak akan mampu menampung kos belanja komitmen bayaran ansuran bulanan rumah. Jadi, anda perlu jadi lebih bernas dari itu. Bertindaklah dengan ilmu dan tidak hanya berpaksikan nafsu semata-semata. Jika bertindak mengikut nafsu semata-mata, tidak mustahil kewangan anda akan terjerat di kemudian hari. Renung-renungkan.

Kesimpulannya, cipta dan jaga profil kewangan anda sebaik mungkin. Carilah hartanah yang bersesuaian dengan gaji anda dan jangan sesekali membuat keputusan membeli hanya kerana ingin mengikut gaya hidup kawan. Bertindaklah dengan lebih bijak.

BACA: 5 Kelebihan Tinggal di Rumah Landed

Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?

1. Kombo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258

Related Posts

Compare

Enter your keyword