Setiap daripada kita pasti mempunyai angan-angan untuk membeli rumah untuk dijadikan aset atau tempat tinggal buat keluarga tercinta. Terutama bagi mereka yang mungkin dah lama menyewa rumah. Tak terkecuali juga buat bakal pembeli rumah pertama. Namun dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ianya menjadi tanda tanya bagi setiap insan, “Adakah aku bersedia untuk beli rumah?”
Untuk merungkai persoalan ini anda perlu kenal pasti beberapa tanda yang memberikan anda potensi untuk membeli rumah.
1. Ada simpanan atau modal untuk cover deposit rumah
Membeli rumah tidak semudah membeli produk lain. Yang mana kos yang terlibat dalam membeli rumah melibatkan ratusan ribu ringgit. Lazimnya, pihak bank hanya dapat membiayai rumah anda dengan margin 90% daripada harga belian rumah atau harga pasaran sedia ada.
Maka baki 10% lagi anda perlu keluarkan daripada poket anda sendiri sebagai deposit rumah. Tambahan pula, terdapat kos lain yang terlibat semasa fasa awal pembelian seperti bayaran yuran penilaian, yuran guaman dan sebagainya. Dianggarkan untuk kos tambahan ini merangkumi 5% lagi. Oleh itu, keseluruhan deposit ditambah kos lain dalam 15% daripada harga rumah.
2. Ada kerja yang stabil
Kerja yang stabil merupakan tanda seterusnya yang membolehkan anda membeli rumah pada masa akan datang. Jika gaji anda konsisten dibayar setiap bulan, anda berpotensi untuk lulus pembiayaan rumah daripada pihak bank. Walau bagaimanapun, permohonan pembiayaan anda masih bergantung dengan faktor selain gaji seperti profil kewangan dan komitmen sedia ada. Seandainya, semua faktor ini tiada masalah atau pihak bank masih boleh pertimbangkan, jadi tiada isu misalnya permohonan ditolak yang perlu dibimbangkan.
3. Bersedia untuk tambah komitmen baharu
Membeli rumah melibatkan kewangan anda. Anda perlu buat kira-kira terlebih dahulu segala komitmen sedia ada dan belanja bulanan agar tidak terjerat dengan hutang rumah. Buat kira-kira dari segi hutang bayaran kereta, bayaran bil, duit untuk kelangsungan hidup dan sebagainya. Kemudian sertakan sekali anggaran bayaran rumah yang anda ingin beli nanti. Adakah ia membebankan kewangan anda atau tidak?
Anda perlu benar-benar tekad dengan keputusan yang dibuat.
4. Ada tujuan yang jelas dalam pembelian rumah
Belilah rumah dengan tujuan yang jelas. Tanya diri dan tepuk poket anda. Jenis rumah apa yang anda inginkan justeru dibeli atas tujuan apa? Beli untuk pelaburan atau didiami sendiri? Seandainya persoalan ini sudah terjawab, pendek kata anda memang seorang yang sudah bersedia untuk membeli rumah.
Jadi sekian itu sahaja perkongsian saya untuk artikel kali ini. Moga sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan buat anda bakal pembeli rumah. Kongsikan ilmu ini jika anda rasa ia bermanfaat.
Nak beli rumah tapi tak tahu bagaimana caranya? Jom saya bimbing anda. Klik SINI