Nak beli rumah subsale kena ready beberapa perkara. Ada beberapa faktor yang mungkin berbeza sedikit daripada membeli hartanah daripada pasaran sekunder. Apa benda yang anda kena ready tu? Jom belajar.
1. READY mindset membeli atas tujuan apa
Mindset anda perlu ready. Setkan objektif pembelian rumah anda. Membeli rumah kebiasaannya melibatkan 2 objektif sahaja. Sama ada untuk keperluan duduk sendiri atau dijadikan aset pelaburan. Strategi dan perancangan yang jelas perlu diatur sebaik mungkin. Jika anda duduk sendiri beberapa faktor peru diambil kira dari segi fasiliti perumahan, akses lebuhraya, pengangkutan awam, pendidikan anak-anak, hospitaliti dan pasaraya keperluan harian. Bagi tujuan pelaburan pula perlu lihat pada sudut lokasi hartanah, strategik atau tidak, exit plan dan lain-lain.
2. READY duit deposit beli rumah
Duit deposit memang perlu ada untuk beli rumah. Terutama buat mereka yang nak membeli rumah subsale. Margin pembiayaan perumahan memainkan peranan dalam menentukan berapa banyak wang yang anda perlu keluarkan untuk deposit rumah.
Katalah rumah yang anda beli itu berharga RM400,000 dan anda dapat margin pembiayaan sebanyak 90% daripada harga rumah. Maka deposit 10% yang perlu anda keluarkan adalah sebanyak RM40,000. Sebab itu kebanyakan pakar kewangan menggalakkan bakal-bakal pembeli rumah supaya bersedia dari segi kewangan sebelum menunaikan hasrat membeli rumah. Sebaiknya mulakan menyimpan dan melabur seawal mungkin untuk mencapai target beli rumah.
3. READY duit untuk kos-kos lain
Pembeli perlu peka bahawa membeli rumah subsale masih terdapat kos-kos lain yang terlibat. Jika deposit rumah memerlukan 10%, perbelanjaan, bagi kos-kos lain pula disarankan sebanyak 5% daripada harga rumah yang dibeli. 5% ini akan merangkumi kos-kos seperti Yuran Guaman SPA, Yuran Guaman Loan, Duti Setem Loan, dan Duti Setem SPA.
Sebagai contoh, rumah yang anda beli tadi berharga RM400,000. 5% untuk kos-kos tambahan. Maka, jumlah kos yang anda perlu keluarkan untuk kos-kos ini adalah sebanyak RM20k.
Lain pula kisahnya jika beli rumah baru. Bagi rumah-rumah baru di bawah pasaran primer/projek, kebanyakan kos-kos ini ditanggung beres oleh pihak pemaju. Bahkan ada yang tidak perlukan deposit untuk memiliki rumah. Pakej-pekej menarik ditawarkan seperti rebat, diskaun dan banyak lagi TETAPI perlu diingatkan pakej ini masih bergantung pada pembangunan tersebut. Lain pembangunan, lain pakej yang diberikan. Tak semua akan apply benda yang sama. Ada yang perlukan kos tertentu dan ada sebahagian kos akan jadi PERCUMA.
4. READY dokumen yang diperlukan
Dokumen adalah antara elemen penting dalam membeli rumah. Dokumen-dokumen yang diperlukan juga berbeza-beza mengikut perkerjaan yang anda lakukan. Bekerja sendiri lain dokumennya, bekerja dengan syarikat lain dokumennya. Dokumen ini penting untuk submit loan dan SPA. Andai kata dapat jumpa rumah yang anda inginkan dan dah pun booking, pastikan sudah ada persediaan dokumen-dokumen yang diperlukan. Boleh tanya pada property agent yang anda deal atau banker.
5. READY rekod kewangan yang cun
Rekod kewangan penting untuk menentukan anda seorang good pay master atau tidak. Bank akan sentiasa merekodkan segala bentuk bayaran balik hutang yang anda ada setiap bulan. Jika anda konsisten membayar tepat pada masanya dan cukup amaun yang sepatutnya, bank akan lihat anda sebagai peminjam yang bagus. Maka, anda akan ada potensi yang lebih tinggi untuk membeli rumah. Sangat jarang untuk kita lihat individu membeli rumah dalam keadaan cash. Ada itu tetap ada. Tapi jarang.
Oleh itu, penting untuk kita jaga rekod kewangan kita kerana lazimnya kita tiada kapasiti modal yang begitu besar dan kita akan cenderung untuk membuat pembiayaan perumahan dari pihak institusi kewangan.
Kesimpulannya, itu adalah antara persediaan awal yang perlu anda lakukan sebelum beli rumah subsale. Inilah secara asas yang anda perlu tahu. Moga sedikit sebanyak dapat beri gambaran dan panduan buat anda. Moga kita dapat miliki rumah yang kita inginkan suatu hari nanti.
Pada yang masih mencari rumah yang sesuai dengan kelayakan gaji sedia ada boleh klik SINI.
Kami akan bantu cari hartanah yang sesuai dengan kemampuan gaji anda. Bagi mereka yang mencari rumah sekitar Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan sangat dialu-alukan.
BACA: Kelebihan-kelebihan Beli Rumah Subsale
DAPATKAN PANDUAN LENGKAP HARTANAH ANDA SEKARANG!!
1. Kombo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
2. Kombo Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258