Untuk artikel kali ini, saya kongsikan kepada anda antara kelebihan membeli rumah subsale.
Pada yang masih belum tahu, secara asasnya terma Subsale ini merujuk kepada rumah yang sudah dibina/sedia ada, berada di pasaran sekunder dan sudah ada pemilik bagi rumah tersebut.
Kalau nak lebih mudah faham, Subsale sama maksud seperti second-hand. Cumanya terma Subsale hanya digunakan untuk rumah dan hartanah sahaja. Jarang digunakan untuk produk lain.
Sebilangan individu berpendapat membeli hartanah Subsale ini tidak menguntungkan malah jauh lebih banyak kekurangan yang ada padanya. Namun begitu, tidak semua persepsi itu benar. Pada perspektif lain, membeli rumah Subsale juga ada kebaikannya yang tersendiri.
Apakah kelebihan yang boleh pembeli dapat?
1. Lokasi Yang Lebih Baik dan Matang
Kebiasaanya rumah-rumah ini sudah berada dalam kawasan yang matang dan strategik. Ia memberi satu kesan positif terhadap pasaran hartanah subsale untuk menyaingi harga hartanah baru seperti rumah undercon. Selain itu, kebanyakan rumah subsale terutama yang berada di sekitar bandar mempunyai jaringan pengangkutan yang baik dari sudut akses lebuh raya dan pengangkutan awam seperti KTM, MRT, LRT dan bas awam. Ia memudahkan penduduk setempat untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Apa yang menarik lagi, rumah yang berada di kelompok pasaran subsale ini ada kalanya berada di bawah harga pasaran bergantung pada situasi. Ini akan membuka lebih ruang dan peluang bagi mereka yang memburu ‘Good deal’ daripada pasaran ini.
2. Dapat Tahu Pembangunan Sedia Ada
Kepelbagaian pembangunan yang sedia ada di sekeliling menjadi salah satu kebaikan membeli rumah Subsale seperti adanya sekolah, taman rekreasi, masjid, pasaraya atau mungkin shopping mall yang berdekatan. Ia memberi nilai tambah kepada hartanah tersebut.
Kebanyakan orang lebih berminat dengan pembangunan yang memang dah wujud di depan mata mereka, yang mana memang benda tu dah pasti dan sedia ada. ‘What you see is what you get’. Segala desas-desus akan pembinaan yang bakal dibuat pada masa dahulu, sudah pun dilaksanakan. Maka, ianya bukan sekadar omong-omong kosong.
3. Dapat Kenalpasti Kerosakan Yang Dialami
Bila anda beli rumah subsale, rumah itu akan ada sampai tempoh matang tertentu yang membolehkan anda melihat segala kerosakan yang berlaku semasa sesi lawatan unit yang ingin dibeli. Misalnya, ada kebocoran pada siling rumah, ada keretakan pada dinding bilik utama atau mungkin masalah bekalan air di kawasan perumahan itu.
Jadi, semuanya anda dapat nilai terlebih dahulu sebelum membeli.
4. Boleh Kenal Jiran Dengan Lebih Awal
Kalau kita beli rumah baru, belum tentu kita dapat tahu siapa bakal jiran kita. Namun dalam pembelian rumah pasaran subsale, sekurang-kurangya anda dapat tahu siapa bakal jiran disebelah rumah anda. Terutamanya anda boleh tahu dari segi bising dan kebersihan. Andai kata tak berminat dengan kawasan kejiranan sebegitu, maka masih ada rumah lain yang boleh dicari.
5. Tiada Risiko Kelewatan Pembinaan
Ini antara sebab utama orang akan pilih rumah subsale. Sudah semestinya rumah itu tiada risiko kelewatan pembinaan kerana jasad rumah itu sudah dibina dan sedia ada. Risiko rumah terbengkalai atau pemaju lari dapat dielakkan. Tidak perlu pening kepala memikirkan tentang rumah dan anda boleh beli rumah dengan senang hati.
Kesimpulan
Setiap pembelian rumah sama ada dari pasaran primer atau sekunder mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Setiap individu juga mempunyai citarasa dan perspektif yang berbeza bila melibatkan pembelian rumah. Oleh itu, semuanya terpulang kepada anda dalam memberi keputusan serta membuat pilihan yang terbaik buat diri. Semoga dengan secebis ilmu yang saya kongsikan ini dapat memberi pencerahan idea kepada anda dalam membuat pilihan yang bijak.
BACA: Bakal Pembeli Rumah (6 Soalan Wajib Anda Tanya Diri Anda)
Nak beli rumah tapi tak tahu bagaimana caranya? Jom saya bimbing anda. Klik SINI
Dapatkan E-Book anda SEKARANG! Klik link di bawah
E-Book: Untung Ke Beli Rumah Subsale?