Info Hartanah

5 Kelebihan Tinggal di Rumah Landed

Rata-rata orang lebih berminat untuk membeli rumah landed atas beberapa faktor yang tak boleh disangkal lagi. Ianya ada kelebihan berbanding jika kita tinggal di rumah highrise seperti flat, apartment atau condominium. Siapa yang pernah tinggal rumah landed pasti tahu sedikit sebanyak kelebihannya. Untuk artikel kali ini kami nak kongsi dengan anda apa faktor-faktor yang buatkan orang suka untuk tinggal di rumah landed.

Ruang Luas

Rumah landed kebiasaannya mempunyai ruang yang lebih luas berbanding rumah highrise. Dari segi kaki persegi ada lebihan ruang yang boleh digunakan oleh pemilik rumah. Terutama buat mereka yang memiliki rumah seperti banglo dan semi D. Tanah lebihan tersebut boleh diubahsuai untuk dijadikan bilik tambahan ataupun ruang riadah dan ruang lepak bersama seisi keluarga. Ada juga yang menggunakan lebihan tanah yang sedia ada untuk bercucuk tanam. Bergantung pada kesesuaian dan keselesaan masing-masing.

Higher resale value

Jika hendak dibandingkan dengan harga rumah high rise. Rumah landed lebih cenderung untuk mempunyai harga jualan balik yang lebih tinggi. Market Value sesebuah rumah boleh meningkat seiring dengan peningkatan kadar inflasi tahunan di Malaysia. Meskipun hartanah landed ada kelebihan ini, ia masih perlu mengambil kira beberapa faktor lain untuk menentukan nilainya seperti lokasi, pengubahsuaian, keluasan, kemudahan, fasiliti, jaringan lebuhraya dan lain-lain lagi.

Senang nak pindah masuk/keluar barang

Tak dinafikan rumah landed sangat mudah untuk keluar dan masukkan barang jika anda pindah rumah. Tak perlu nak naik lif ke kediaman. Tidak perlu consent yang begitu terperinci untuk pindah masuk atau keluar. Parking kereta atau lori depan rumah dan terus boleh loading barang. Jika beli barang keperluan yang berat-berat pun tak letih untuk mengangkut masuk ke rumah.

Senang nak park

Parking tak jadi suatu isu untuk pemilik rumah landed. Anda nak parking di car porch boleh, di bahagian luar hadapan rumah anda pun boleh. Biasanya car porch kereta boleh muatkan sebuah kereta, ada juga yang boleh park sampai dua kereta dan lebih. Bergantung pada keluasan car porch rumah anda. Kalau saudara mara datang pun tak jadi masalah. Boleh parking di tepi jalan selagi kereta anda tak block laluan kerjiranan yang lain. Apa yang lagi best, kereta anda park betul-betul depan rumah anda. Kalau tertinggal barang atau sebagainya terus boleh ambil.

Jika tinggal di rumah high rise, lazimnya akan ada rizab parking yang disediakan. Kebiasaannya, dua buah petak parking.

Sesuai nak bela haiwan peliharaan

Rumah landed sangat sesuai buat sesiapa yang pencinta haiwan. Anda nak bela kucing, arnab, burung atau sebagainya lebih mudah. Mudah dari segi nak basuh sangkar dan mengawal pergerakan haiwan peliharaan anda. Tambahan pula, rumah-rumah landed kebiasaannya tiada restriction untuk membela haiwan.

Jadi, macam mana? Dapat belajar sesuatu daripada artikel kali ini? Boleh share kalau anda rasa bermanfaat.

Buat sesiapa yang mencari rumah landed atau ingin menjual rumah sedia ada. Kami boleh bantu anda.

Nak BELI RUMAH klik SINI.

Nak JUAL RUMAH klik SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword