Boleh jadi banyak sebab sebenarnya untuk seseorang pemilik hartanah atau individu menjual rumah atau hartanah mereka. Tidak hanya tertumpu pada satu sebab sahaja yang lazim difikirkan orang awam iaitu melibatkan masalah kewangan. Ada 6 sebab lain kenapa sesetengah inidivu mengambil keputusan untuk jual rumah mereka.
1. Cairkan Aset
Bagi pelabur hartanah, mereka membeli hartanah untuk tujuan pelaburan. Mereka membeli dengan strategi yang telah diatur dari awal pembelian. Dari segi kos yang terlibat, Return on Investment (ROI), Property Gain, bayaran bulanan, dan cukai-cukai yang dikenakan mereka sudah ambil maklum. Apabila tiba saat yang tepat dan menepati keperluan pelabur untuk mencairkan aset, maka pelabur akan menjual dan mencairkan aset hartanah mereka.
Namun demikian, lazimnya mereka akan menjual hartanah ini bergantung pada keadaan ekonomi. Setiap pelabur mempunyai strategi pelaburan yang tersendiri.
2. Kurangkan komitmen
Selain itu, ia bertujuan untuk mengurangkan komitmen. Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar, sesetengah individu dan pemilik hartanah akan bertindak melepaskan hartanah sedia ada bagi mengurangkan komitmen. Tindakan ini wajar dilakukan untuk mengurangkan beban dan mengelakkan sebarang krisis kewangan individu sekaligus mengelakkan dari rekod kewangan mereka terjejas.
3. Mendapat keuntungan
Hartanah ialah sebuah aset yang boleh menjana keuntungan dalam tempoh jangka masa panjang. Jika lokasi yang dibeli strategik, berdekatan dengan kemudahan dan akses lebuhraya, ia akan memberi nilai tambah pada hartanah tersebut.
Maka, antara sebab penjualan hartanah dilakukan ialah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Jika cukup masa yang diperlukan, hartanah itu akan beri pulangan yang berbaloi kepada pemilik.
4. Downsize rumah
Apabila meningkat usia, lazimnya pemilik hartanah cenderung untuk downsize rumah mereka. Dari banglo tiga tingkat ke teres dua tingkat. Dari teres dua tingkat ke teres satu tingkat. Dari rumah 6 bilik menjadi rumah 3 bilik.
Hal ini demikian atas sebab keperluan keluarga yang juga meningkat usia. Anak-anak mula membina karier, membina keluarga dan membeli hartanah mereka sendiri. Maka, antara pilihan munasabah dan terbaik untuk pemilik hartanah ialah untuk downsize rumah mereka. Dengan menjual rumah sedia ada dan berpindah ke rumah yang lebih kecil dan selesa. Salah satu faktor kebanyakan pemilik hartanah berbuat demikian atas sebab kesihatan, keperluan ruang yang semakin berkurang dan mudah untuk maintain rumah.
5. Upsize Rumah
Berbeza pula dengan point sebelum ini. Ada sesetengah individu memilih untuk jual rumah mereka atas faktor keperluan untuk mendapatkan rumah yang lebih besar. Anak-anak mungkin bertambah dan perlukan tempat tinggal yang lebih selesa. Jadi, mereka perlu upzise rumah ke rumah yang lebih besar. Mungkin dari rumah high rise ke rumah landed. Dari rumah 3 bilik ke rumah 4 bilik atau lebih lagi.
6. Settle down
Akhir sekali, penjualan hartanah ialah disebabkan oleh faktor pemilik hartanah nak settle down. Ada sesetengah pemilik memilih untuk pulang ke kampung halaman dan membeli hartanah di sana.
Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan seseorang individu tersebut menjual hartanah mereka. Sama ada ia bertujuan untuk pelaburan, mengelakkan krisis kewangan individu, mendapat pulangan yang lumayan, keperluan ruang yang semakin berkurang dan keinginan untuk menetap di kampung halaman.
Sekian itu sahaja penulisan artikel untuk kali ini. Moga sedikit sebanyak dapat memberi idea dan pencerahan kepada masyarakat tentang sebab-sebab utama pemilik jual rumah mereka.
Semoga bermanfaat.
BACA: CARA PALING CEPAT NAK SEWAKAN RUMAH
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
COMBO EBOOK KERETA DAN RUMAH LELONG
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/SPECIALRAYACOMBO/1258
BERANI LABUR @ LEBUR
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookBeraniLaburLebur/1258
UNTUNG KER BELI RUMAH SUB-SALE?
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
Combo Ebook Berani Trade
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/Trading/1258
Rahsia Tanah Anda
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258
3 in 1 Kombo Ebook Rumah Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
Panduan Lengkap Membeli Kenderaan Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/keretalelong/1258