Info Hartanah

7 Perkara Yang Buat Pencarian Rumah Sewa Anda Jadi Senang

Mencari rumah sewa boleh menjadi pengalaman yang agak sukar untuk anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali hendak menyewa.

Sama ada anda baru menyewa atau akan menyewa pada masa akan datang, proses mencari rumah sewa boleh memakan masa. Tetapi untuk membuat pencarian anda lebih mudah dan lebih bijak, boleh ikuti langkah-langkah ini.

1) Buat Kira-kira Bajet

Sama ada anda student atau dah berkeluarga sekalipun. Sebelum mencari rumah sewa, pertama-tamanya anda perlu kenalpasti berapa bajet yang anda ada untuk rumah sewa. Kalau RM1000, rate harga rumah sewa RM1000 lah yang anda cari. Sewa ikut kemampuan gaji. Kalau keluarga kecil, sewa saja rumah yang kecil.

Pastikan harga sewa tidak terlalu tinggi sehingga boleh mencecah 50% daripada income anda. Buat kira-kira terlebih dahulu supaya pembayaran dan kos lain seperti bil elektrik, bil air, instalment kereta, makan minum dan lain-lain tidak terjejas. Kalau untuk student boleh set satu figure harga yang anda nak, kemudian pakat sorang kena bayar berapa untuk cukupkan bayaran tiap bulan.

2) Kenalpasti Ciri-ciri Rumah Yang Anda Perlukan

Nak ciri-ciri rumah yang macam mana? Rumah sewa ni biasanya disewakan dalam pelbagai bentuk. Ada yang menawarkan sewaan fully furnished (penuh perabot dan peralatan rumah), partly furnished (separa penuh peralatan rumah) atau vacant (kosong) sahaja. Yang membezakan mereka sudah tentu pada rate harga sewaan.

Biasanya rumah not furnished ni harga sewanya lebih murah berbanding rumah sewa fully furnished atau partly furnished. Jadi, kalau bajet anda rendah, ambil lah rumah no furnished. Pertimbangkan harga dengan kelengkapan rumah yang diberi.

3) Lokasi Rumah Sewa

Pilih lokasi yang anda rasa selesa dengan persekitarannya dan sesuai untuk anda sekeluarga. Buat survey di kawasan persekitaran yang bakal anda duduki untuk tahu apa yang ada dari segi kemudahannya, akses lebuh raya, sekolah, institut pangajian, hospitaliti, keselamatan dan kejiranan.

Selain itu, buat kiraan anggaran masa dari kawasan tersebut ke tempat pengajian atau tempat kerja anda. Jauh atau tidak? Dengan cara ini, anda tidak akan mudah jatuh cinta dengan rumah sewa yang terlalu jauh dari tempat kerja serta dapat menjimatkan kos minyak dan masa anda.

4) Memilih Jenis Rumah

Macam kita semua tahula, rumah ada banyak jenis. Ada yang landed (Semi D, teres etc.) dan ada yang high rise (Flat, apartment, condo etc.) .

Ini adalah langkah penting yang perlu anda lakukan bergantung pada berapa bajet anda dan berapa banyak ruang yang anda perlukan. Setiap sewaan akan datang dengan pelbagai terma dan tempoh menyewa, ianya bergantung kepada tuan tanah.

Tidak kira rumah high rise atau landed sekalipun, semua jenis rumah sewa mempunyai kebaikan dan keburukan mereka, tetapi terpulang kepada anda untuk memutuskan mana satu yang paling sesuai untuk keperluan anda.

5) Mulakan Carian Rumah Sewa Seawal Mungkin

Nak dapatkan sewa terbaik, dari segi harga, lokasi dan kemudahan, buatlah carian rumah dengan lebih awal. Bila anda buat awal, banyak masa yang boleh anda guna untuk membandingkan harga sesebuah rumah tu.

Jangan buat kerja last minute. Dah terdesak baru mencari. Tak ada lah nanti anda kelam kabut mana nak tinggal lepas ni. Dengan cara ni, persaingan akan kurang dan hartanah terbaik dengan bajet yang anda ada masih boleh didapati.

6) Jangan Tertipu Dengan Scammer

Banyak kes scammer boleh kita lihat hari ni di media sosial. Saya pun pernah tulis di artikel sebelum ni (Scammer Rumah Sewa).

Modus operandi mereka akan buatkan anda rasa urusan tu nampak legit tapi sebenarnya tidak. Jadi, berhati-hatilah dalam mencari rumah sewa.

Antara kes yang sering berlaku adalah scammer mengaku dia adalah owner kepada rumah tu. Walhal, gambar rumah sewa yang dipasarkan bukan miliknya. Kemudian, mangsa terpedaya dan terus bank in duit ke akaun bank personal scammer. Sudahnya duit lesap, rumah sewa pun tak dapat.

Maka, jangan sesekali bank in terus duit anda ke account personal individu tersebut tanpa ada kepastian yang sahih bahawa dia adalah owner bagi rumah sewa tu.

Sebaiknya, gunakanlah khidmat konsulatansi hartanah dalam urusan sebegini. Mereka boleh bimbing anda dan boleh sertakan sekali perjanjian sewaan (Tenancy Agreement) untuk melindungi hak anda sebagai seorang penyewa. Senang cerita ada black and white kalau ada apa konflik yang berlaku.

Kalau anda perlukan bantuan dalam pencarian rumah sewa, boleh klik SINI

7) Gunakan Platform Sosial Media

Jangan malu untuk buat posting di FacebookTwitter atau mana-mana sosial media yang ada tentang anda sedang mencari rumah untuk disewa. Biarkan orang tahu anda sedang mencari tempat baru untuk hidup.

Tak apa. Anda bukan buat dosa pun. Sangka baik. Mesti akan ada insan-insan yang merelakan hati mereka untuk bantu anda mencari rumah sewa.

Itu sahaja perkongsian saya untuk artikel kali ini. Moga ianya memberi sedikit pencerahan kepada anda lepas ni kalau nak cari rumah sewa. Semoga bermanfaaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword