Info Hartanah

Apa Beza Freehold dan Leasehold?

Kalau korang perasan lah kan, rumah atau apa-apa jenis hartanah ni dia ada banyak jenis pegangan. But basically yang biasa kita dengar dan masih ada yang kurang faham adalah antara freehold dan leasehold.

So apa yang saya nak jelaskan pada artikel kali ini adalah penerangan tentang beza antara freehold dengan leasehold dulu. Okay jom baca bagi mudah nak memahamkan konsepnya.

1. Freehold

Baik pertama sekali adalah freehold atau dalam bahasa melayunya pegangan bebas. Pegangan bebas ni merujuk kepada kepentingan pemilikan berkekalan. Maksudnya forever and ever milik anda. Kebaikannya adalah dari segi mudah untuk dipindah milik daripada individu ke individu yang lain.

Tak perlu dapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa seperti kerajaan negeri atau persekutuan untuk buat pindah milik. Biasanya ni jadi buruan utama especialy untuk property hunter macam investor. Sebab apa? Sebab freehold ni ada nilai jualan semula yang lebih baik (nilainya naik lebih cepat)

Bagaimanapun, ada kat certain negeri atau di Lembah Klang yang hartanah jenis freehold mungkin ada kepentingan yang terhad. Pemilik kena dapatkan kelulusan daripada pejabat negeri atau pejabat tanah. Basically, had-had dan keperluan tu ada dinyatakan dalam hak milik tanah.

Ada lagi satu yang anda perlu tahu tentang freehold ni. Walaupun hartanah ini milik anda selamanya, kalau kerajaan perlukan tanah itu untuk projek awam macam lebuh raya dan sebagainya. Mereka berhak dapatkan hartanah freehold anda. Anda akan diberi bayaran ganti rugi atau pampasan ikut market rate untuk pengambilan secara paksaan bagi sebahagian atau keseluruhan hartanah anda. Market value akan ditentukan oleh valuer kerajaan.

2. Leasehold

So leasehold atau pegangan pajak adalah memajak atau menyewa hartanah tersebut daripada pihak kerajaan. Biasanya tempoh pajakan ni adalah selama 99 tahun. Tapi dalam keadaan tertentu, pajakan pun boleh dalam jangka masa yang pendek. Andai kata tempoh masa pajakan tu dah habis, pada dasarnya hartanah tu akan dikembalikan pada kepada kerajaan negeri atau anda tak berhak terima apa-apa pampasan.

Namun begitu, andai kata tempoh pajakan hampir berakhir. Let say 10 tahun je yang tinggal. Anda masih boleh buat lanjutan pajakan dengan membayar premium lanjutan pajakan di pejabat tanah yang berkenaan. Amount yang perlu bayar tu kena based on jenis hartanah tu. Sama ada kediaman, komersil atau industri. Pajakan akan diperbaharui untuk memaksimumkannya kepada 99 tahun semula . Kalau anda gagal, tak mustahil untuk hartanah anda diambil semula oleh kerajaan.

Selain itu, ada mencabar sikit lah berkaitan hartanah jenis leasehold ni yang mana proses pindah miliknya agak sukar dan boleh mengambil masa yang lama. Berbeza dengan freehold tadi yang mana pindah milik dia lebih mudah. Kadang-kadang proses pindah milik boleh ambil masa yang agak panjang iaitu 8 bulan maksimum atau mungkin lebih pendek. Semua ni depends on situation.

Namun begitu, faktor yang menjadi ukuran dan keutamaan pembeli hartanah bijak hari ini bukanlah bergantung pada status dan hak milik hartanah tersebut. Sebaliknya, fokus mereka lebih kepada di mana lokasinya? Harga? Apa kemudahan yang ada? Fokus mereka lebih kepada kualiti produk itu sendiri.

Tambahan pula kalau anda beli untuk own stay, anda akan ada lebihan duit sebab hartanah leasehold ni biasanya dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harga hartanah freehold yang serupa. Boleh kata berbeza harga dalam lingkungan 5%-17% bergantung kepada pelbagai faktor. Maksudnya di sini, down payment yang dikeluarkan juga akan jadi lebih rendah dan bayaran mortgage bulanan pun turut sama akan rendah.

Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini kedua-dua jenis pegangan ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bergantung pada bagaimana anda mengatur strategi pembelian dan tujuan hartanah itu dibeli. Buat pilihan dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword