Katalah kita dah buat survey kat website hartanah, kemudian ada unit rumah yang kita berkenan. Apa langkah yang anda kena buat? Mungkin yang dah berpengalaman beli rumah dah biasa, jadi fokus artikel kali ini lebih kepada individu yang baru pertama kali nak cari rumah. Cara yang admin kongsikan ini anda boleh apply untuk cari rumah sewa atau beli rumah. Cara yang sama. Flow yang sama. Ikut 3 steps ni. Point terakhir paling penting.
1. Viewing
Set viewing dengan person in charge. Kebiasaannya kalau anda cari unit rumah di portal hartanah seperti Mudah.my, PropertyGuru dan lain-lain, rumah-rumah yang available akan diiklankan oleh agent hartanah. Agent hartanah ini sama ada seorang REN, PEA atau REA. Mereka ini key player dalam industri untuk membantu pelanggan dapatkan hartanah yang diingini. Jadi, andai kata dah jumpa unit yang berkenan terus cari contact number individu tersebut. Contact individu tersebut dan set untuk viewing rumah. Boleh bincang mengikut kesesuaian masa.
Viewing ini penting untuk memastikan rumah yang anda ingin beli atau sewa benar-benar wujud. Oleh itu, bila anda viewing, anda boleh lihat sendiri keadaan rumah. What you see is what you get. Boleh tengok ruang tamu, dapur, bilik tidur, ruang makan, garaj dan kawasan yang berkaitan.
BACA: Apa Beza REN, PEA dan REA dalam Hartanah?
2. Details
Semasa sesi viewing, anda boleh tanyakan dan dapatkan info tentang hartanah dari segi keluasan tanah, keluasan binaan, jumlah bilik, status pegangan, harga, dan lain-lain. Ambil tahu anggaran kos-kos yang terlibat selain deposit 10% seperti yuran guaman, duti setem dan takaful.
Lazimnya, info ini kita sendiri dah boleh dapat dan baca sebelum viewing di iklan rumah tersebut. Lengkap dengan gambar rumah dan butiran yang perlu diketahui.
Kalau kata anda nak cari rumah untuk disewa, basic info yang anda perlu tahu ialah dari segi harga sewa bulanan, deposit, keluasan, ciri-ciri hartanah yang ditawarkan (vacant, partially furnished, atau fully furnished) etc.
3. Booking
Selesai sesi viewing, anda boleh ke proses yang seterusnya iaitu proses tempahan atau booking. Pastikan clear dan faham dengan penerangan baru anda proceed untuk booking payment. Boleh isi booking form yang disediakan. Baca terma & syarat yang ada. Pastikan bukti pembayaran atau resit anda simpan sebagai rekod. Ia bertujuan untuk memudahkan anda dan agent untuk track pembayaran telah dibuat.
Seandainya anda tidak jadi untuk booking unit tersebut, maklumkan pada ejen yang bertugas. Penting untuk anda update pada person in charge supaya lebih professional dan menghormati masa serta tenaga pihak yang terlibat.
Kesimpulannya, ikuti langkah yang kami kongsikan ini untuk memudahkan urusan pencarian rumah anda. Set untuk viewing rumah dan ambil tahu info yang berkenaan dengan rumah. Andai sudah berkenan, boleh tempah unit selagi masih ada.
Itu sahaja untuk artikel kali ini. Semoga bermanfaat.
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
1. Combo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258