Student ni kita faham yang kebanyakan institusi pendidikan hanya boleh bagi menetap dekat hostel untuk tempoh tertentu dan lepastu memang kena pandai-pandai duduk luar & cari rumah sewa sendiri. Bagi student yang tak pernah menyewa mana-mana rumah sebelum ni mesti kekok nak cari rumah sewa.
Maka saya nak kongsi dengan anda langkah yang boleh anda guna untuk cari rumah sewa yang sesuai sepanjang tempoh study anda.
#1. Lokasi
Cari lokasi rumah sewa yang dekat dengan IPT anda. Kalau ada yang lagi dekat lagi cun. Cantik mana pun rumah tu, kalau pergi balik IPT tu makan masa yang terlalu lama agak kurang sesuai untuk anda. Penat hari-hari nak layan jarak macam tu.
Kalau yang naik public tranport macam bas, LRT, KTM dan sebagainya, pastikan anda buat kira-kira kos tambang pergi balik dari tempat belajar. Kalau pergi balik untuk sehari je dah makan belanja besar, cuba bayangkan kalau sebulan. Pehh! Sakit tuh di sini, nak makan lagi. Nak belanja keperluan lain lagi. Kalau boleh elakkan juga daripada sewa rumah yang perlu tukar public transport dua tiga kali sebab ia akan mempengaruhi masa dan duit anda.
Alang-alang buat survey sekali kawasan lokasi rumah sewa tu. Dekat tak dengan kedai runcit, restoran, bank, dan dobi. Nak makan, nak basuh baju atau sebagainya semua senang.
#2. Harga Sewa
Lepas dah tahu lokasi dan kemudahan yang ada kat sekeliling tu, pastikan harga sewa rumah anda berpatutan selaras dengan lokasi, kemudahan, luas rumah, berapa bilik dan sesuai dengan kemampuan anda.
Rate sewa setiap tempat berbeza-beza. Andai kata anda menyewa area Lembah Klang, harga sewa bulanan agak tinggi berbanding kawasan lain.
Selain tu, nak tahu harga sewa berpatutan ataupun tak pastikan apa kemudahan dan perkakasan yang disediakan dalam rumah tersebut. Sama ada fully furnished, partially furnished ataupun not furnished. Biasanya bilik atau rumah yang not furnished lagi murah banding dengan fully dan partly furnished. Cuma kena tambah kos sendiri la macam beli tilam dan meja belajar. Nak mudah cari sahaja fully furnished atau partially furnished.
Lagi satu nak jimat, sewa la ramai sikit dalam 4-8 orang tu sedang elokla bersesuaian dengan rumah. Bahagikan bayaran bulanan satu kepala, kemudian gabungkan dan bayar pada tuan rumah.
Di samping itu, ada satu perkara yang sering terjadi bila student nak menyewa iaitu tiada wang back up atau spare. Hal ini kerana lazimnya pemilik rumah akan minta security deposit untuk elakkan sebarang kerosakan berlaku pada kondisi rumah. Tapi jangan risau deposit ini akan dipulangkan semula setelah selesai kontrak sewaan bergantung pada terma dan syarat. Jadi, perlu ada spare duit lebihan untuk cover kos lain.
#3. Periksa Keadaan Rumah
Buat sikit inspection. Kalau tuan rumah tu lelaki, bagi yang perempuan jangan pergi sorang, ajak kawan nak survey persekitaran rumah tu. Masuk dulu ke dalam rumah sewa tersebut dan periksa semua keadaan rumah dan kelengkapan yang ada.
Pastikan rumah dalam keadaan yang baik. Semua ni wajib anda periksa dan ambil berat sebab kadang-kadang ada dalam perjanjian yang anda kena tanggung semua kerosakan sekiranya anda setuju.
#4. Buat Perjanjian Sewa Rumah
Perjanjian sewa rumah penting bagi kedua-dua belah pihak. Pihak penyewa dan pihak tuan rumah. Ianya adalah sebagai kontrak persetujuan kedua belah pihak yang bergantung pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh tuan rumah.
Kenapa kena buat? Pertamanya atas sebab untuk protect diri pada masa akan datang dari apa-apa isu. So kalau ada masalah kita ada bukti yang semua terlaksana di bawah satu perjanjian.