Mesti ramai yang masih keliru apa yang membezakan antara CCRIS dan CTOS. Yang biasa orang faham dua-dua ini melibatkan rekod kewangan bagi seseorang individu. Untuk artikel kali ini kami bawakan kepada anda perkongsian pendek dari salah seorang Perunding Kewangan melalui posting di laman Facebook.
Apa yang membezakan kedua-dua ini?
CCRIS
Ccris boleh dapatkan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) atau boleh dapat secara online daripada Laman web BNM. Dalam CCRIS report akan rekod semua hutang hutang kita dengan bank sahaja termasuk
- Pinjaman rumah
- Personal loan
- Kad Kredit
- Overdraft
- Hire Purchase loan
- ASB loan
- Ptptn
- Pajak Gadai
CTOS
CTOS report kita boleh beli daripada Apps CTOS dengan bayaran RM26.50, kalau ada offer mungkin harga lebih murah. CTOS report akan rekod semua hutang kita dengan bank seperti pinjaman rumah,personal loan dan lain lain. Selain ini CTOS report juga akan rekod hutang kita luar daripada bank seperti
- Digi
- Celcom
- Singer
- Coway
- Cukoo
- P1
- Court mammoth
- Dan company lain lain seperti indah water
Selain itu,dalam CTOS report akan rekod detail detail sdn bhd yang kita ada. Boleh kata info dalam CTOS lebih detail & lengkap daripada CCRIS report. Sekarang kebanyakan bank akan check Ccris & CTOS report kita semasa nak luluskan pinjaman kita.
Kalau anda buat bayaran hutang bank cantik, tapi terlupa nak bayar hutang bil indah water, pemohonan loan anda akan kena reject, sebab ada tunggakan bil indah water rekod daam CTOS.
Jadi, itu adalah perbezaannya. Penulisan yang ringkas namun padat dengan isi dan mudah difahami. Semoga bermanfaat.
Kredit FB: KY Tee (Financial Coach)
Ada property nak jual/sewakan? Jom kami bantu anda.
Nak sewakan? Klik SINI
Nak jual? Klik SINI