Pembelian rumah melibatkan keputusan yang besar dan risiko yang perlu anda tanggung. Sudah semestinya banyak persoalan yang akan bermain dalam fikiran anda. Lebih-lebih lagi bagi anda yang baru berniat nak beli rumah pertama. Maka, sebelum buat apa-apa keputusan lebih baik kita bersiap sedia dan mencari solusi jawapan supaya lebih mudah untuk kita buat pilihan dengan bijak.
1. Beli untuk duduk atau invest?
Paling penting sekali, apakah motif utama pembelian rumah pertama ini? Dibeli bagi tujuan ownstay atau sebagai pelaburan? Perlu anda tentukan objektif terlebih dahulu sebelum membeli kerana jika membeli atas tujuan pelaburan strateginya berbeza berbanding untuk duduk sendiri. Lebih rumit dan perlu ada kiraan kos, exit plan, cara generate cashflow dan sebagainya.
BACA: 6 Tips Beli Rumah Pelaburan
2. Berapa bajet rumah yang saya layak beli?
Sebaiknya anda boleh buat semakan kelayakan dari segi anggaran harga rumah yang anda layak dan ‘mampu’ beli. Kiraan itu melibatkan gaji bersih dan kasar, komitmen bulanan dan Debt Service Ratio (DSR) anda. Pembelian rumah diluar kemampuan pasti akan membinasakan kewangan anda pada masa akan datang.
Tak tahu bagaimana untuk buat kiraan kelayakan? Klik SINI.
3. Mampukah saya bayar ansuran bulanan?
Kemudian, kita beralih ke persoalan yang seterusnya. Anggaran rumah yang saya layak beli dah tahu harga tapi, mampukah saya bayar ansuran bulanan (instalment) rumah setiap bulan? Gaji yang saya dapat mampu tak menampung komitmen bulanan dan kos bulanan rumah?
Untuk anggaran kiraan bayaran ansuran bulanan klik Mortgage Calculator
4. Berapa banyak yang perlu saya save untuk downpayment?
Selesai kira kelayakan, kita proceed ke bahagian downpayment. Berapa banyak yang perlu anda sediakan untuk cover kos-kos yang terlibat dalam pembelian rumah. Kos seperti duit muka, deposit rumah, Yuran Guaman (Perjanjian Jual Beli (SPA) & Perjanjian Pinjaman Perumahan), Duti Setem (Perjanjian Jual Beli (SPA) & Perjanjian Pinjaman Perumahan), dan Yuran Penilaian Hartanah. Lazimnya amaun deposit yang dipraktikkan di Malaysia adalah 10% daripada harga rumah. Untuk pembayaran yang lain, disarankan untuk sediakan 5% ke atas untuk cover kos-kos tersebut.
Sebagai contoh: Ahmad beli rumah harga RM100,000
Deposit=10% x RM100,000
Deposit= RM10,000
Kos-kos lain seperti Yuran Guaman, Duti Setem & Yuran Penilaian = 5% x RM100,000
Maka untuk kos-kos lain = RM5,000
Jumlah Keseluruhan Kos = RM15,000
5. Adakah credit score saya dalam keadaan yang baik?
Credit score adalah satu faktor terpenting yang menentukan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak. Fungsinya untuk memberikan analisis tentang komitmen anda dari segi pembayaran semula hutang-hutang anda. Kalau credit score anda cun, keluar ‘0’ je setiap bulan, lebih mudah nak dapatkan pinjaman perumahan nanti.
BACA: Penting Ke Bina Credit Score?
6. Ada apa-apa skim kerajaan yang boleh bantu saya beli rumah pertama?
Sebenarnya, ada skim kerajaan yang boleh bantu ada dalam pembelian rumah pertama. Antaranya, Skim Rumah Pertamaku (SRP). SRP adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama untuk membeli rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000. Pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM10,000 adalah layak bagi pemohon bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon. Walaubagaimanapun, had umur pemohon adalah bergantung kepada tempoh pembiayaan. (Sumber: SRP)
Belajar sesuatu? Semoga bermanfaat.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan anda yang bakal beli rumah pertama!