Info Hartanah

BALL – Apa benda tu ?

 

 

Sedang saya terbelek-belek posting di Facebook, saya tertarik dengan cara seorang sahabat FB saya yang merangkap seorang Pengamal Undang-undang atau dengan bahasa lainnya seorang Peguam, memberi pesanan buat mereka yang pertama kali atau newbie dalam pembelian rumah atau hartanah.

Jom kita baca apa pesanan beliau –

 

Pesanan  BALL untuk Pembeli Hartanah Newbies.

Ikuti langkah ini BILA anda nak beli HARTANAH untuk elakkan DEPOSIT  awal anda hangus.

B….. booking.

Bayar booking bila dah minat. Jangan eksyen banyak duit nak bayar sampai 10% terus. Tak perlu pun. Bayar paling minima. Biasanya 3% kalau beli melalui Ejen Hartanah. Kadang2 ada yang minta 2% je dulu. Kalau beli melalui Pemaju, harga booking pelbagai. Ada 2k,3k,5k atau 15k pun ada. Tanda serius nak beli atau nak cuba cuba beli( sebab tak sure loan lepas ke tak.

A….Apply loan

Dengan dokumen atau borang booking tu start apply loan. Siapkan dokumen apply loan. Kalau beli cash tak yah la apply loan?. Apply BEBERAPA bank. Lain bank lain cara approval dan syarat approve. Susun dokumen cantik2. Jangan OVER konfiden

L… Letter of Offer

Bila dapat mesej atau call dari Banker yang kata loan dah lulus, buat arrangement untuk sign Letter Offer loan. Jangan terus percaya selagi tak sign LO. Kang pagi kata lulus petang kata salah tengok dalam sistem. Rupanya orang lain punya application. Letter of Offer sangat penting. Baca dan pastikan nama dan ic dan butir hartanah penting. Tengok juga tempoh, kadar untung bank dan berapa bayaran bulanan. Now langkah seterusnya…

L….awyer

Hah dah boleh lantik lawyer dah. Booking dah, loan pun dah approve dan Letter Offer pun dah sign.  Lantik lawyer ikut pilihan anda. Kalau tak kenal atau tak tau nak lantik firma mana, jangan bimbang. Pemaju atau ejen hartanah atau banker akan rekomen. Tapi lepas mereka rekomen, anda juga disarankan buat kajian sendir atas latarbelakang firma. Google saja. Kalau rajin leh lah pergi ke ofis Peguam itu dan tanya apakah kepakaran mereka.

Semoga bermanfaat untuk semua. Sila share pada kengkawan dengan menekan butang-butang social media kat bawah tu.

Kredit :- Dato Nazri Mustafa (NAI)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword