Admin perasan masih ramai yang terpedaya dengan penipuan dan helah illegal broker dalam urusan hartanah. Ada yang kes tersangkut di tengah jalan, ada yang bila client follow up balik person in charge hilang dari radar dan ada yang lebih menyedihkan duit lesap begitu saja. Maka, sebagai seorang individu atau masyarakat kita perlu cakna untuk menangani dari isu ini terus berleluasa. Kita perlu ambil langkah bijak untuk membezakan antara individu/property agent yang legit(REN/PEA/REA) dan individu yang illegal dalam urusan hartanah.
Ada beberapa cara yang boleh anda ketahui legit atau tidak seseorang itu:
Represent company
Pertama sekali, untuk menguruskan sesebuah urusan hartanah, individu itu perlu represent company mereka. Sebagai contoh, Ali berkhidmat serta bernaung di bawah sebuah agensi harta tanah iaitu ABCD Sdn Bhd. Ini bermakna sepanjang Ali berurusan dengan klien beliau, Ali berfungsi sebagai individu yang represent companynya(ABCD Sdn Bhd)
Dalam urusan hartanah, tiada individu yang boleh handle urusan hartanah tanpa represent mana-mana company melainkan dia seorang REA/Principal. Ia menjadi satu kesalahan dan melanggar undang-undang. Tak boleh single individu. Individu tersebut perlu berdaftar di bawah syarikat hartanah yang mana syarikat tersebut pun perlulah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (BOVAEP). Jika individu itu single entity dan bukanlah seorang REA/Principal maka berpotensi individu tersebut seorang broker dan sudah tentu tidak berdaftar.
Selain itu, jika syarikat itu sendiri bukanlah sebuah syarikat hartanah atau agensi harta tanah dan bertindak menguruskan urusan harta tanah, maka ia menjadi kesalahan kerana mereka tidak diberi lesen untuk menguruskan kes hartanah.
Caj Yang Dikenakan
Untuk agent yang legit, caj yang dikenakan adalah tetap dan ia merujuk kepada undang-undang sendiri iaitu Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Act 1981(Act 242) and Rules. Selain itu, mereka perlu mematuhi Malaysian Estate Agency Standards(MEAS). Charge yang dikenakan mestilah 3% daripada harga jualan hartanah dan perlu include bayaran SST atau cukai atas sebab penggunaan servis.
Jika charge yang melampau dikenakan, anda berpotensi kena scam oleh illegal broker. Illegal broker tiada charge yang tetap, mereka mengenakan caj bayaran yang melampau terhadap client tanpa sebab. Ada yang mengenakan caj bayaran sehingga 20%! Malah ada yang lebih lagi.
SOP
Jika anda berurusan dengan agent yang legit, mereka ada SOP dalam melaksanakan tugas. Lepas step A, ke step B. Lepas step B, ke step C. Kerja mereka teratur. Mereka juga mampu suggestkan kepada anda panel lawyer dan banker yang reliable untuk bekerjasama membantu menguruskan transaksi hartanah anda.
Namun tidak bagi illegal broker, kerja mereka cacamarba. Tiada guideline, tidak teratur malah anda sebagai klien sendiri akan serabut dan pening kepala dalam urusan hartanah tersebut. Yang lebih memilukan, transaksi anda mungkin tersangkut di tengah jalan.
Client’s Account
Jika anda berurusan dengan agent yang legit, booking/earnest deposit perlulah dibayar atau transfer pada client’s account atau account company dan bukannya pada account peribadi individu tersebut. Ia menjadi satu kesalahan jika berbuat demikian. Client’s account berfungsi sebagai stakeholder yang memegang duit anda semasa proses hartanah berlaku. Ada hitam putih semasa proses booking. Jika loan anda tidak lulus, bayaran booking akan refund semula pada anda.
Namun jika berurusan dengan illegal broker, kebanyakan kes yang berlaku adalah mereka menyarankan klien untuk direct transfer ke account peribadi illegal broker. Tiada hitam putih semasa proses booking. Hal ini menyebabkan ramai individu yang duitnya lesap disebabkan tidak cakna tentang perkara ini.
Social Media
Cara terakhir untuk anda mengenal pasti individu yang anda berurusan itu legit atau tidak adalah melalui social media. Hari ini kemudahan semua di hujung jari. Anda boleh search nama individu yang anda berurusan di platform social media seperti Facebook atau Instagram. Agent yang legit mereka akan berani untuk tampil di social media dan berkongsi aktiviti hartanah atau iklan hartanah mereka di business account mereka. Bahkan mereka akan sertakan di mana syarikat mereka bernaung.
Namun tidak bagi illegal broker, mereka seboleh-bolehnya tidak mahu muka/nama mereka dikenalpasti. Ia bagi memudahkan mereka untuk melarikan diri jika salah laku terjadi.
Kesimpulannya, sentiasa berurusan dengan individu yang represent company mereka bernaung serta peka dan ambil tahu caj yang dikenakan. Tanyakan prosedur dan proses yang terlibat. Jangan sesekali direct transfer ke account personal. Boleh juga kenalpasti individu yang anda berurusan melalui media sosial. Semoga bermanfaat.
BACA: Beza REN, PEA dan REA
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
COMBO EBOOK KERETA DAN RUMAH LELONG
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/SPECIALRAYACOMBO/1258
BERANI LABUR @ LEBUR
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookBeraniLaburLebur/1258
UNTUNG KER BELI RUMAH SUB-SALE?
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
Combo Ebook Berani Trade
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/Trading/1258
Rahsia Tanah Anda
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258
3 in 1 Kombo Ebook Rumah Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
Panduan Lengkap Membeli Kenderaan Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/keretalelong/1258