Bagi mereka yang membeli rumah dari pasaran subsale, antara perkara wajib yang anda kena buat adalah tukar akaun TNB (bil elektrik). Tukar daripada akaun owner lama kepada akaun baru kita.
Untuk penulisan kali ini, saya nak kongsikan dengan anda cara-cara nak tukar akaun TNB secara manual.
1. Sediakan Dokumen dan Duit Deposit
Dokumen yang kena ada tak banyak mana. Anda hanya perlu sediakan:
- Salinan IC/Kad Pengenalan (Tuan Rumah baru)
- Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA/S&P)
- Duit deposit (paling cantik kalau boleh ready cash)
2. Pergi Ke Cawangan Yang Berdekatan
Andai kata anda menetap di Klang, bolehlah cari cawangan TNB di Klang. Mana-mana yang anda rasa dekat bolehlah ke sana. Mudah nak berurusan. Bawa sekali dokumen-dokumen tadi.
3. Pergi ke Kaunter Hadapan
Di kaunter ini anda perlu minta borang permohonan pada person in charge di kaunter. Ambil borang tersebut dan isi segala butiran yang diperlukan seperti alamat premis, no. kad pengenalan, nama pemilik premis, poskod dan lain-lain. Kebiasaannya akan ada ruang tempat yang disediakan untuk anda lengkapkan borang tersebut. Selepas borang lengkap diisi, anda boleh ambil nombor giliran di kaunter yang sama.
4. Pergi ke Kaunter Utama
Dah dapat nombor giliran, anda boleh tunggu nombor giliran anda dipanggil dan terus ke kaunter utama. Masa kat sini anda perlu beri dokumen yang diperlukan dan tunggu sehingga selesai urusan. Bila urusan dah selesai nanti anda akan terima satu invois. Pada invois tersebut akan tertera berapa amaun wang deposit yang anda perlu bayar.
5. Buat Bayaran di Kiosk
Kemudian step terakhir terus gerak ke bahagian kiosk yang sedia ada untuk membuat pembayaran wang deposit.
Dah siap!
Senang kan? Ada dokumen yang diperlukan & ready duit deposit confirm mudah urusan anda.
Bolehlah share penulisan ni bagi ramai lagi tahu. Jadi lepasni tak perlu lagi nak pening kepala, langkah-langkah dah ada dah. Tinggal ikut je.
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
1. Kombo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258