Info Hartanah

Cara Paling Cepat Nak Sewakan Rumah

Sebagai seorang tuan tanah atau landlord, sudah semestinya ojektif utama anda ada rumah sewa adalah untuk beri sewa pada prospek secepat yang mungkin. Hal ini demikian bertujuan untuk memastikan sewaan bulanan tersebut dapat menampung pembiayaan bulanan rumah anda sekaligus mencapai objektif asal pembelian rumah tersebut.

Namun cabaran sebenar apabila anda hendak mencari penyewa. Tambah lagi, jika anda mencari penyewa belum tentu prospek itu 100% akan memilih rumah anda serta ia belum menjamin yang individu tersebut benar-benar mampu untuk bayar bayaran sewaan bulanan yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Jadi, apa antara solusi terbaik yang boleh anda gunakan?

Lantik REN/PEA/REA.

Kenapa kena lantik mereka yang berada dalam industri hartanah ni?

1. Jimat Masa

Masa anda dapat dijimatkan. Agent akan bantu anda buat inspection rumah beserta viewing rumah. Andai kata 10 orang tengok view rumah anda sekalipun, anda dah jimat masa. Agent yang akan uruskan bab ini. Tak perlu anda layan kerenah pelanggan. Agent yang akan gunakan masa dan pengalaman yang mereka ada untuk bantu anda.

Selain itu, mereka akan bantu anda tapis penyewa terlebih dahulu. Dari segi latar belakang, kewarganegaraan, status perkahwinan, bilangan individu yang tinggal bersama, pekerjaan dan lain-lain lagi. Maka, ia dapat membantu anda untuk mendapatkan penyewa yang benar-benar berkualiti di samping dapat menjaga rumah anda dalam keadaan yang baik.

2. Lengkap semuanya

Nak beri sewa rumah sebaiknya jangan sambil lewa. Paling terbaik kalau kita sertakan sekali dengan Perjanjian Sewa. Benda ni nampak remeh di mata orang awam tetapi sangat berfungsi ketika ada isu berlaku di pertengahan sewaan. Semuanya ada hitam putih. Maka, salah satu pihak, baik pihak tuan tanah atau penyewa tak boleh pusing cerita disebabkan semuanya telah tertulis dalam Perjanjian Sewaan tersebut.

Tambahan lagi, jika anda dapatkan khidmat agent hartanah mereka tidak hanya sediakan Perjanjian Sewaan malah lengkap dengan stamping daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini bermakna dokumen anda sah. Kedua-dua belah pihak (landlord & tenant) akan menerima satu set Perjanjian Sewaan.

3. Menggunakan medium pemasaran yang terkini

Dalam era yang serba canggih, medium pemasaran yang betul amat penting untuk memastikan berjaya mencapai prospek yang diingini. Jika anda menggunakan agent, mereka sentiasa up-to-date dengan medium pemasaran yang terkini. Bukan sahaja platform percuma malah mereka menggunakan platform berbayar untuk memastikan rumah anda mendapat perhatian prospek diluar sana. Oleh itu, potensi rumah anda untuk disewakan dengan pantas lebih tinggi. Anda hanya perlu dapatkan update sahaja daripada agent anda, selebihnya mereka akan uruskan.

Belajar sesuatu? Nak kami bantu anda dapatkan penyewa rumah anda dengan pantas? Klik SINI

Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?

1. Kombo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword