Info Hartanah

Cara Tukar Online Nama Bil Elektrik Kepada Nama Penyewa

Ada yang sewa rumah korang, tapi selalu buat hal tak bayar bil elektrik? Sebenarnya korang as tuan rumah, boleh tukar nama kat bil kepada nama orang penyewa tu. Boleh settle online je.

1) Register dulu dekat > https://mytnb.com.my

2) Kat situ korang boleh add banyak akaun TNB yang korang nak, rumah sendiri ke rumah parents ke mertua ke

3) Tekan 3 line dekat belah atas kanan tu untuk buat permohonan

4) Tekan ‘Apply’

5) Untuk tukar nama dari owner lama ke owner baru, or nak tukar nama dari owner kepada penyewa, tekan ‘I am moving in. Get me started!’

6) Dekat part ‘PROPERTY ADDRESS’ tu, isi alamat yang sama dengan alamat semasa bil TNB. Then akan auto keluar

7) Pilih ‘I’M APPLYING AS’

8) Pilih ‘Individual’

9) Kalau unit tu residence, korang just kena ada IC copy je untuk owner baru

10) Isi semua personal details owner baru

11) Okay then, ‘Electricity Supply Start Date’ tu adalah bacaan akhir meter akaun yang lama. So bil elektrik tarikh yang korang pilih tu akan di bil kepada owner baru.

12) Pilih jugak masa bacaan akhir meter tu. Kalau meter tu boleh access by TNB, tick je!

13) Part address tu, click je ‘Same as premises address’ kalau nak bil tu hantar dekat address yang sama.

14) Step 1 tu, korang boleh download permohonan tu untuk reference. Step 2 tu, upload IC copy owner baru.

15) Tick je semua requirement tu & click ‘Submit’

16) Dalam sehari dua macam tu, TNB akan send email nombor akaun yang baru & berapa deposit kena bayar.

17) Tu contoh deposit yang kena bayar. Dia beza ikut jenis kediaman.

18) Lepas dah bayar deposit, akan dapat lagi satu email. Then settle!

Kredit Twitter: @anisssurayaaa

Perlukan bantuan dalam pembelian atau penjualan rumah? Klik pilihan di bawah.

Nak JUAL RUMAH klik SINI

Nak BELI RUMAH klik SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword