Info Hartanah

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) Atau RPGT

Seseorang yang ingin membeli ataupun melabur dalam hartanah patut memiliki pemahaman yang jelas tentang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau lebih dikenali sebagai Real Property Gains Tax (RPGT) – ketahui kandungan, aplikasi serta kaedah pengiraannya.

Jadi, Apa Itu CKHT/ RPGT?

CKHT atau RPGT merujuk kepada cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Secara ringkas, ia merupakan cukai yang dikenakan ke atas keuntungan bersih apabila anda menjual hartanah.

Ia juga dikenakan ke atas pelupusan syer dalam mana-mana syarikat, di mana 75% aset nyata adalah dalam bentuk hartanah, contohnya Syarikat Hartanah.

CKHT/ RPGT diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1976 di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Ia dikecualikan buat sementara waktu antara April 2007 sehingga Disember 2009, sebelum diperkenalkan semula pada tahun 2010.

Perhatian perlu juga diberikan kepada kadar yang perlu dibayar yang bergantung kepada entiti yang dikenakan CKHT/ RPGT serta tempoh pemegangan hartanah tersebut.
Tempoh pemegangan adalah dari tarikh Perjanjian Jual Belia atau Sales & Purchase Agreement (SPA) serta tarikh pelupusan.

Justeru, warganegara ataupun pemastautin di Malaysia yang melupuskan hartanah beliau dalam tempoh 5 tahun pertama dari tarikh pemerolehan akan dikenakan CKHT/ RPGT. Walaubagaimanapun, beliau tidak boleh dikenakan CKHT/ RPGT bagi pelupusan melebihi tempoh tersebut.

Sebaliknya, penduduk bukan pemastautin serta syarikat masih boleh dikenakan CKHT/ RPGT apabila melupuskan harta tanah walaupun di luar tempoh 5 tahun dari tarikh pembelian.

 

 
Bagaimana CKHT/ RPGT Dikira?

Untuk mengetahui jumlah yang harus dibayar bagi cukai ini, adalah penting bahawa anda menge-tahui jumlah Keuntungan Terkena Cukai (chargeable gain) – yang secara ringkas merujuk kepada jumlah yang diperoleh setelah menolak harga pelupusan harta tanah tersebut dari harga pembelian.

Perlu diingati juga bahawa seseorang individu hanya boleh dikenakan cukai ke atas keuntungan modal bersih yang positif iaitu jumlah yang diperoleh setelah menolak harga pelupusan dari harga pembelian beserta dengan caj-caj pelbagai sepeti yuran guaman, yuran pentadbiran, bayaran iklan dan duti setem.
Keuntungan modal bersih kemudian didarabkan dengan kadar CKHT/ RPGT berkenaan.

Pengecualian

Ada juga berita yang baik di sini kerana pemilik hartanah boleh bermanfaat dari beberapa pengecualian yang ditawarkan di bawah CKHT/ RPGT. Tawaran pengecualian seperti berikut:

1. Pengecualian ke atas keuntungan penjualan satu hartanah kediaman sekali dalam seumur hidup

2. Pengecualian ke atas pelupusan hartanah antara ahli keluarga (di antara ibu-bapa dan anak-anak, suami-isteri, serta datuk-nenek dan cucu-cucu)

3. Pengecualian bersamaan 10 peratus daripada keuntungan terkena cukai, atau RM10,000 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap transaksi tidak akan dikenakan cukai

** Nota :-

Anda sudah bersedia atau ingin melupuskan (menjual) hartanah anda ?

Hanya satu klik untuk kami bantu anda di sini ->  “Saya Ingin Jual” 

Sumber :- PropertyGuru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword