Info Hartanah

Ejen Hartanah atau Broker?

Ejen Hartanah atau Broker?

Ejen hartanah atau Broker? Okay mesti anda dah biasa kan dengar ejen hartanah dan broker ni. Ejen hartanah dan broker ni ramai yang anggap sama je. Mana taknya, dua-dua ni cari makan dengan melibatkan hal hartanah.

Tapi tahukah anda kedua-dua gelaran ni ada perbezaannya tersendiri. Seharusnya anda lebih bijak dalam membuat pilihan. Kena ambil tahu dulu dengan siapa kita nak deal sebelum nak proceed untuk urusan lain. Mana tau orang yang kita nak deal tu ada niat tak baik ke apa. Tak ada lah nanti menangis tak berlagu.

Jadi Apa Perbezaan antara Ejen Hartanah dengan Broker Haram?

Ejen Hartanah

Ejen atau Perunding Hartanah (REN) ni adalah mereka yang diberi kebenaran oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) untuk melibatkan diri dalam urusan jual beli hartanah. LPPEH merupakan sebuah badan yang akan memantau tingkah laku semua ejen atau perunding hartanah di luar sana.

Bila kata ‘memantau tingkah laku’ ni, kiranya badan LPPEH ni dah macam unit disiplin dekat sekolah kita dulu. Maksudnya kat sini ejen/perunding hartanah akan terikat dibawah satu badan berwajib yang mana akan dikenakan tindakan tatatertib jika melakukan kesalahan berpandukan akta yang ditetapkan. Dalam pada itu, ada kebaikan daripada wujudnya penubuhan badan berwajib ni dimana ejen/perunding hartanah akan bekerja dengan lebih jujur dan telus.

Antara cara nak tahu latar belakang Ejen/Perunding Hartanah ni adalah melalui Kad Nama, Nama Syarikat, Alamat Pejabat, Nombor Telefon Pejabat, Email atau Laman Web, rangkaian kawasan yang dijaga, berapa lama pengalaman REN itu sendiri dan seumpamanya. Dengan maklumat sedia ada, kita boleh tahu sama ada Ejen dan syarikatnya itu berdaftar atau tidak dengan LPPEH.

Sebagai langkah berjaga, kita perlu kenal pasti dengan siapa kita berurusan. Adakah dengan orang yang betul-betul layak dalam bidang Jual Beli Hartanah? Ataupun sebaliknya. Sebelum apa-apa benda terjadi kita mestilah kena ambil langkah bijak untuk kurangkan risiko kan.

Broker Haram

Broker Haram pula adalah individu yang tidak dilindungi atau terikat dengan mana-mana badan berwajib. Ia juga tidak berdaftar dengan mana-mana syarikat atau syarikatnya tidak berdaftar dengan LPPEH. Oleh sebab ini, ia akan bagi risiko kat anda sebab tindakannya boleh diragui.

Antara risiko yang anda bakal hadapi seperti penipuan dalam urusan membeli rumah. Sebagai contoh, bayaran booking dah buat kepada broker atas sebab serius ni nak beli hartanah tersebut. Bila mana esok roger balik nak follow up update status pembelian kat broker, asal call je tak angkat, WhatsApp dah kena block, message tak balas, senang kata hilang dari radar lah. Jadi apa lagi kita nak buat? Sah sah silap kita sendiri.

Selain tu, broker ni tak ada standard ataupun SOP yang dipraktikkan. Oleh sebab itu, broker ni berani ambil bayaran tanpa had daripada kedua-dua pihak pembeli dan penjual hartanah. Suka hati dia je nak letak berapa-berapa harga. Kalau yang tak ambil tahu memang sudahnya boleh jadi mangsa seterusnya. Jadi saya lebih syorkan anda mendapatkan perkhidmatan ejen hartanah kerana urusan dan transaksi anda akan lebih terjamin dan dilindungi.

Orang kata mencegah itu lebih baik daripada merawat. Takkan dah lesap berjuta-juta ringgit baru nak sedar?

BACA LAGI: Padah Guna Broker. Duit Lesap Ratusan Juta Ringgit!!!

Sekarang anda sudah tahu baik dan buruk menggunakan broker dan kenapa saya syorkan anda dapatkan perkhidmatan Ejen Hartanah. Semoga berbekalkan info ini, ianya dapat memberi kesedaran kepada anda disamping menambahkan ilmu pengetahuan secara tidak langsung.

Pening kepala mencari pembeli hartanah anda? Nak cari pembeli atau penyewa hartanah anda dengan kadar segera? Anda boleh ke sini: Jual/Sewakan Hartanah

Kalau nak cari rumah untuk disewa atau dibeli pun boleh. Anda klik di sini: Beli/Sewa Hartanah. Kami akan bantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword