Setiap seorang daripada kita pasti ada sebab tersendiri dalam membuat keputusan membeli sesuatu produk terutama yang melibatkan kewangan yang besar seperti membeli rumah. Namun demikian, kebanyakan daripada pembeli mempunyai kriteria dan beberapa sebab utama yang lazim mereka inginkan.
Ada 3 faktor utama yang kebanyakan orang mengambil kira faktor ini apabila ingin membeli rumah di sesebuah kawasan.
1. Kemudahan sedia ada
Pertamanya, bab kemudahan. Pembeli nak beli rumah yang ada ciri ini kerana ia menjadi asas penting untuk kehidupan kita. Ia pasti melibatkan kemudahan wajib seperti institusi pendidikan, kedai runcit, pasaraya untuk keperluan asas, kemudahan hospitaliti dan perubatan serta bermacam lagi. Hartanah yang memiliki kelebihan ini mampu menarik minat pembeli yang berpotensi terutama buat mereka yang berkeluarga. Mereka cenderung untuk menitikberatkan soal pendidikan anak-anak, barangan keperluan harian, kesihatan seisi keluarga dan keselesaan serta keselamatan ahli keluarga. Lokasi yang serba lengkap dengan perkara-perkara di atas menjadi sebuah lokasi yang ideal buat bakal pembeli rumah.
2. Pembangunan sekeliling dan akan datang
Saban tahun pembangunan di Malaysia kelihatan semakin pesat membangun lebih-lebih lagi bagi kawasan Lembah Klang. Pembangunan ini bukan sahaja memudahkan penduduk setempat malah turut mendorong peningkatan nilai hartanah tersebut. Pembangunan tersebut boleh dianggap booster buat pemilik hartanah. Lebih-lebih lagi buat mereka yang membeli rumah atau hartanah bagi tujuan pelaburan.
3. Jaringan pengangkutan dan akses lebuhraya
Jaringan pengangkutan ialah sistem laluan pergerakan melalui jalan raya, lebuh raya, jalan kereta api dan sebagainya. Ia menjadi penghubung destinasi untuk manusia bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Setiap pembeli rumah mengimpikan akses lebuhraya yang baik untuk memudahkan mereka sampai ke tempat kerja atau lokasi yang dituju dengan cepat tanpa mengambil masa yang begitu lama. Di samping itu, pengangkutan awam juga dititikberatkan dalam pemilihan hartanah seperti KTM, LRT, MRT, BRT atau bas awam. Hal ini demikian, sebahagian penduduk Malaysia lebih cenderung menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan sendiri atas faktor kos, masa dan tenaga yang diperlukan jika memandu kenderaan sendiri.
Kesimpulannya, ini adalah antara faktor utama yang diambil kira oleh seseorang untuk membeli sesebuah hartanah.
Jika anda masih buntu memikirkan rumah yang sesuai dengan gaji bulanan anda, boleh klik SINI
Kami akan cuba bantu anda