Apa benda pulak cukai taksiran ni?
Cukai taksiran adalah sejenis cukai yang akan dikenakan kepada individu yang mendiami sesuatu kawasan yang di tadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT. Contoh-contoh PBT adalah Majlis Perbandaran Klang(MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA), Majlis Perbandaran Kajang(MPKj), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan lain-lain.
Cukai ini dikutip selaras dengan peruntukan undang undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Cukai ini dikenakan kepada mana-mana pemilik hartanah yang mempunyai pegangan harta yang sah daripada segi undang-undang. Cukai ini wajib dilunaskan oleh setiap pemilik hartanah yang berada dibawah seliaan PBT.
Kenapa kena bayar cukai taksiran?
Objektif utama kutipan cukai ini bertujuan untuk penyelenggaraan kemudahan awam di daerah tersebut sebagai contohnya nak repair lampu jalan, longkang tersumbat, betulkan perparitan, baik pulih tandas awam, kutip sampah, taman-taman permainan dan mana-mana kemudahan yang berkaitan dan berada di bawah seliaan PBT.
Apa jadi kalau tak bayar cukai taksiran?
Boleh kena denda dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau tak kena gaya, masih liat nak bayar. Hartanah anda ada potensi boleh kena sita di bawah peruntukkan undang-undang yang sedia ada. Jadi, sentiasa peka dan cakna akan tanggungjawab membayar cukai ini.
Berapa kali KENA BAYAR CUKAI TAKSIRAN?
✅️ 2 kali setahun (setiap tahun). Biasanya Februari dan Ogos.
Macam mana nak TUKAR NAMA cukai taksiran?
Kena pergi secara fizikal?
✅️ Kalau nak guna cara lama boleh terus ke pejabat PBT untuk buat pembayaran TAPI KALAU NAK SENANG boleh buat secara atas talian sahaja.
Jimat masa dan tenaga.
Layari laman web PBT yang berkenaan.
Sebagai contoh kawasan Shah Alam, MBSA👇🏻
Klik link: https://eps.mbsa.gov.my
Apa DOKUMEN YANG DIPERLUKAN untuk tukar nama?
- Salinan Perjanjian Jual & Beli/Sale & Purchase Agreement(SPA/S&P)
- Surat Hakmilik (Geran)
BORANG apa yang perlu isi untuk PENUKARAN NAMA CUKAI TAKSIRAN?
✅️ Borang I dan/atau Borang J
Berapa BAYARAN UNTUK TUKAR NAMA?
✅️ RM50 sahaja(MBSA)
**Nota: Mungkin berbeza mengikut PBT.
Macam mana nak SEMAK?
Boleh layari laman web PBTPay. Pilih PBT yang berkenaan dan semak, kemudian boleh terus membuat pembayaran cukai secara atas talian sahaja.
Klik link: https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak_advance
Belajar sesuatu?