Info Hartanah

Jual Rumah Tapi Tiada Pembeli Hingga Sekarang. Apakah Sebabnya?

Keluhan ini sering terjadi kepada kebanyakan pemilik hartanah apabila mereka ingin melepaskan hartanah atau aset milik mereka. Bermacam usaha dilakukan tetapi tidak berhasil. Namun apa yang mungkin kita semua terlepas pandang yang menjual rumah adalah satu perkara yang bukan mudah.

Banyak faktor yang perlu diambil kira dan dilaksanakan bagi mendapatkan pembeli rumah yang berpotensi. Artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda punca yang menyebabkan rumah anda sukar dijual.

1. Kondisi rumah yang kurang baik

Kondisi rumah memainkan peranan yang besar dalam penjualan hartanah. Ia memberikan impresi pertama kepada para pembeli untuk membuat keputusan untuk meneruskan transaksi dengan ada. Sebarang kondisi rumah yang kurang menyenangkan akan membantutkan niat pembeli.

Antara kondisi yang sering diambil kira oleh pembeli adalah dari segi kebocoran rumah, retak yang besar, lalang rumah yang terlalu tinggi dan beberapa lagi. Paling baik adalah anda cuba untuk membaiki sebarang kerosakan yang dialami pada rumah tersebut sebelum melepaskannya kepada pemilik baru.

2. Kurang pendedahan dalam pasaran

Pasaran hartanah sangat luas. Jika rumah anda tidak mendapat pendedahan yang baik di dalam pasaran hartanah nescaya rumah anda akan menghadapi cabaran dan sukar untuk dijual dengan kadar segera. Tambah pula, banyak pembangunan baharu yang dibangunkan disekeliling kawasan perumahan anda.

Hal ini akan menambah lagi persaingan buat unit anda kerana banyak penawaran yang wujud dalam pasaran sekitar. Malah lebih mencabar jika anda hanya menumpukan pada satu jenis bentuk pemasaran sahaja.

3. Harga rumah melebihi harga pasaran dan permintaan semasa

Setiap pembeli akan melihat harga sebagai penanda aras untuk mereka membeli agar keputusan yang dibuat oleh mereka berbaloi dengan modal yang mereka keluarkan. Harga yang dijual perlulah selaras dengan harga pasaran atau nilai pasaran hartanah setempat (market value).

Jika anda sewenang-wenangnya meletakkan harga mengikut nafsu anda, potensi rumah anda dijual akan sangat berkurang kerana boleh dianggap sebagai overprice. Penjualan rumah turut didorong oleh permintaan semasa.

4. Rasa rugi dan tidak menggunakan khidmat mereka yang mahir

Kebanyakan orang merasakan rugi buat mereka apabila terpaksa mengeluarkan modal untuk meminta khidmat individu yang mahir menjualkan rumah. Walaupun begitu, mereka tidak melihat nilai dan kesenangan yang mereka dapat apabila menggunakan servis individu-individu ini.

Sebaiknya, untuk penjualan rumah, anda boleh melantik dan menggunakan khidmat Perunding atau Ejen harta tanah dalam mengendalikan proses penjualan & transaksi hartanah anda. Hal ini disebabkan oleh individu-individu ini mahir dalam bidang penjualan.

Mereka menggunakan kepelbagaian platform pemasaran hartanah yang terkini sama ada secara dalam talian (online) atau offline. Dalam pada itu, mereka menggunakan iklan berbayar yang membolehkan mereka mendapatkan target market untuk mempercepatkan proses penjualan. Segala urusan dokumentasi serta rekomendasi lawyer dan banker yang bagus dapat mereka cadangkan kepada pemilik hartanah.

Hal ini membolehkan urusan anda menjadi lebih lancar dan anda tidak perlu pening kepala mencari pembeli kerana proses tersebut akan dilaksanakan oleh individu yang dilantik. Proses yang sukar akan menjadi lebih mudah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, itu adalah antara faktor-faktor yang buatkan rumah anda sukar dijual. Terima kasih kerana masih mengikuti dan setia membaca hingga ke penghujung artikel. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Bagi sesiapa yang masih buntu mencari prospek pembeli rumah anda, boleh klik SINI

Kami akan cuba bantu anda.

Pelajari Tips Hartanah Santai di Tiktok. Klik SINI

Related Posts

Compare

Enter your keyword