Perkataan ‘best’ ni subjektif. Semua orang ada perspektif dan pandangan yang berbeza. Ada yang minat rumah baru, ada juga yang minat beli rumah subsale. Semuanya bergantung pada minat masing-masing. Apa yang terbaik buat diri kita, itulah yang kita pilih. Betul ke betul?
Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda 4 sebab kenapa beli rumah subsale lagi best daripada rumah undercon.
1. Rumah depan mata
Beli rumah subsale ini boleh dikatakan mantap kerana anda boleh lihat sendiri rumah itu secara fizikal. Betul-betul depan mata anda. Tanpa perlu membayangkan reka bentuk yang bakal dibina. Apa yang anda lihat, itulah yang anda dapat. Segala ruangan dari segi ruang tamu, bilik tidur, bilik utama, dapur, garaj rumah dan ruangan-ruangan lain dapat dilihat sendiri.
Berbeza jika anda beli rumah undercon, anda masih tidak dapat menjangkakan reka bentuk rumah tersebut secara fizikal melainkan hanya dapat digambarkan melalui artist impression atau ilustration sahaja.
2. Kebanyakan lokasi dah matang
Antara contoh lokasi yang kita boleh lihat pesat membangun dan matang adalah seperti bandaraya Shah Alam. Bandar ini boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai kemudahan dari segi institusi pendidikan, hospitaliti, pasaraya untuk keperluan asas, jaringan pengangkutan dan akses lebuh raya yang baik. Di samping itu, bandar ini didorong oleh kedudukan yang strategik menjadikan hartanah di sini mempunyai nilai tambah dari segi kelebihan yang dimiliki.
Tak lupa juga, segala desas-desus akan pembinaan yang bakal dibuat pada masa dahulu, kebanyakannya sudah pun dilaksanakan. Maka, ianya bukan sekadar omong-omong kosong daripada pihak yang berkenaan.
Maka, ia memberi salah satu sebab utama mengapa sesetengah daripada rakyat Malaysia memilih untuk membeli rumah subsale.
3. Pilihan pelbagai
Pilihan tidak terhad bagi pembelian rumah subsale.
Landed? High-rise? 3 Bilik? 4 Bilik? Satu tingkat? 2 tingkat? Bagaimanakah kondisi rumah yang anda inginkan?
Pilihan akan sentiasa ada. Anda hanya perlu tentukan kriteria hartanah yang anda inginkan, kemudian selarikan bajet anda dengan pasaran sedia ada.
4. Kadang-kadang boleh dapat jackpot.
Perkara yang menarik lagi tentang pembelian rumah subsale adalah adakalanya anda berpeluang dapat lebih daripada hanya sebuah rumah. Ianya bergantung kepada listing dan deal yang ditawarkan. Ada sesetengah rumah dijual dalam keadaan fully furnished atau partially furnished.
Jadi, pembelian rumah disertakan dengan perabot yang sedia ada. Tak perlu anda pening kepala untuk membeli perabot baru. Namun begitu, harga rumah kemungkinan berbeza sedikit daripada harga unit kosong.
Ada juga yang disertakan dengan beberapa renovation dalam ruangan rumah seperti kitchen cabinet, extension pada ruangan dapur dan lain-lain lagi. Memang untung jika dapat rumah sebegini.
Kesimpulannya, rata-rata orang memilih rumah subsale berbanding rumah undercon adalah atas faktor-faktor sedemikian. Itu sahaja untuk artikel kali ini. Semoga bermanfaat.
Dah lama berhajat nak beli rumah tapi belum jumpa hartanah yang berkenan dengan hati? Jom kami bantu anda.
Klik SINI
BACA: Tanda-tanda Anda Dah Ready Beli Rumah
Dapatkan E-Book (Untung Ke Beli Rumah Subsale?) anda SEKARANG! Klik SINI