Info Hartanah

Kenapa Perlu Jual Rumah Guna Ejen Hartanah?

Kenapa Perlu Jual Rumah Guna Ejen Hartanah?

Kebiasaannya, akan ada segelintir masyarakat yang memberi andaian bahawa menjual rumah ini satu benda yang mudah. Mereka andaikan ia semudah menjual basikal di kedai atau ikan di pasar. Jual, dapat untung, selesai. Salah cara anda berfikir tu. Penjualan rumah bukan benda yang boleh dibuat main. Silap langkah boleh lesap ratusan ringgit anda, malah jutaan ringgit pun tak mustahil.

Selain itu, ramai yang menganggap seolah-olah menggunakan ejen hartanah tidak bagus. Ini disebabkan adanya segelintir masyarakat yang sombong dan tidak mahu berkongsi rezeki mereka hanya kerana memandang nilai mata wang (yuran perkhidmatan) yang dibayar pada ejen tersebut.

Namun begitu, mereka tidak memandang daripada perspektif berbeza, yang mana dasar mata wang hanyalah sekadar objek sahaja. Pengorbanan seorang ejen terhadap anda jauh lebih besar daripada nilai tersebut. Kenapa pula begitu?

4 Sebab Kenapa Perlu Guna Ejen Hartanah

#1. Jimat Masa

Semua orang tahu masa itu emas. Adakah anda gunakan masa dengan sebaik mungkin? Seperti luangkan masa bersama keluarga, menonton televisyen bersama dan sebagainya. Dalam tak sedar, anda sebenarnya dalam kerugian masa untuk diluangkan bersama family.

Bayangkan, anda bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sudahlah masa itu digunakan untuk bekerja, malam anda kena selesaikan masalah rumah pula. Nampak tak?

Hilangnya masa berkualiti anda bersama anak isteri disebabkan hal-hal sebegini. Walhal, anda boleh jimatkan masa anda dengan menggunakan ejen hartanah sahaja. Ejen hartanah yang akan gadaikan masa mereka untuk memudahkan kerja anda.

#2. Tak Pening Kepala

Urusan penjualan atau pembelian rumah ada flow yang tersendiri. Banyak surat agreement yang perlu anda atur dan kemaskini. Selain itu, anda perlu berurusan dengan peguam, banker, pejabat tanah, penilai hartanah dan lain-lain lagi untuk selesaikan urusan tersebut. Ke hulu ke hilir anda terpaksa pergi untuk menyelesaikan masalah penjualan rumah anda.

Sudahnya anda yang pening kepala. Rasa susah dan fed up untuk ikut semua prosedur itu. Nak tak nak, anda kena hadaplah. Macam kena je kan slogan ni

“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala??”

Kenapa perlu pening kepala, sedangkan ada cara yang mudah dengan menggunakan ejen?

 

 

#3. Tak Semua Anda Tahu

Ilmu orang lain-lain. Contoh, orang A tahu bidang pembinaan. Orang B tahu kedoktoran. Dua-dua bidang yang berbeza. Tapi dua-dua saling bersandaran. Orang A sakit, cari orang B. Orang B nak bina rumah cari orang A.

Sebegitu dalam penjualan rumah. Tak semua orang tahu selok belok sebenar hartanah ni. Anda tak mahir bidang hartanah, biarlah mereka yang arif seperti ejen yang mengendalikan urusan sebegini. Mereka ada standard atau SOP yang perlu mereka follow dan praktik sepanjang tugas mereka sebagai ejen anda.

Walaupun kita di dalam era informasi, tak semua maklumat yang anda dapat tu tepat seperti harga pasaran hartanah setempat. Nak tahu maklumat sebegini bukan boleh petik begitu sahaja dari Mudah.my contohnya. Kena ada usul periksa dan kebanyakan info sebegini hanya ejen sahaja yang tahu. Ejen juga boleh bagi anda khidmat nasihat berkaitan hartanah kepada anda.

Sekali lagi diberi penekanan seperti di awal penulisan. Jual rumah bukan benda main. Silap langkah meranalah anda esok hari.

#4. Penjualan Rumah Yang Lebih Pantas

Kalau anda perhatikan disekeliling anda, kebanyakan rumah yang tak terjual dan tergantung sepi adalah kerana tidak dapat pendedahan yang baik dalam pasaran.

Jika anda menggunakan ejen hartanah, kebanyakan daripada mereka mempunyai medium pemasaran yang lebih luas dan serba canggih. Bukan setakat banner sahaja, malah platform internet seperti website, PropertyGuru dan lain-lain lagi menjadi senjata mereka untuk mempercepatkan penjualan rumah anda.

Oleh itu, ia menjadi satu kerugian buat anda yang tak grab peluang menjual hartanah dengan menggunakan ejen hartanah yang ada.

Rumah terjual. Untung pun dapat. Hati pun senang.

BACA: Apa Beza Ejen Hartanah Dengan Broker Haram?

 

Kesimpulan

Pandanglah ia dari sudut berbeza bahawa dalam rezeki anda, ada rezeki orang lain juga. Di samping, rumah anda terjual, anda juga menyumbang rezeki pada orang lain untuk mendapatkan rumah. Sekaligus memberi rezeki buat ejen untuk menyara keluarga mereka juga.

Tak mustahil untuk anda jual sendiri tapi risiko rumah tu, 100% anda perlu tanggung sendiri. Nasihat saya, sebaik-baiknya anda dapatkan khidmat ejen dalam mengendalikan sebarang urusan yang berkaitan dengan hartanah.

Benda boleh senang, buat apa susah-susah kan?

Pening kepala mencari pembeli hartanah anda? Nak cari pembeli atau penyewa hartanah anda dengan kadar segera?

Anda boleh ke sini:  Jual/Sewakan Hartanah

Pada yang mencari rumah, anda boleh ke sini: Beli/Sewa Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword