Info Hartanah

Leonardo DiCaprio Beli Rumah RM29Juta

Pelakon yang memenangi Oscar, Leonardo DiCaprio baru-baru ini telah menambah satu lagi potfolio hartanahnya dengan membeli sebuah rumah di Los Angeles daripada seorang bintang popular program Modern Family iaitu Jesse Tyler Ferguson dengan harga AS$7.1 juta (RM29 juta).

Rumah agam berpagar seluas 5,000 kaki persegi yang terletak di kawasan berbukit Los Feliz ini, mempunyai gaya Kolonial Sepanyol dan dibina pada tahun 1928. Ia terdiri daripada empat bilik tidur dan enam bilik mandi. Ia telah diubahsuai, namun keaslian rekabentuk asal masih dikekalkan.

Rumah agam ini mempunyai ruang tamu dan ruang makan formal dengan siling yang tinggi, pintu gerbang, bumbung dan lantai berjubini, balkoni Juliet, tingkap kaca berwarna, bilik mandi yang elegan, tangga yang esklusif dan pintu masuk yang berukiran unik serta mewah.

Bilik keluarga pula boleh ditukar menjadi bilik media yang dilengkapi dengan projektor dan skrin (drop screen) untuk pemilik dan tetamu menikmati tontonan filem mereka dalam suasana seperti pawagam.

Bilik mandi berasingan di tepi kolam renang dan spa, serta bilik meditasi untuk sesi Zen atau Yoga boleh didapati di dalam perkarangan rumah besar ini. Sementara itu, hampir semua bilik menghadap pemandangan teres berlandskap, taman-taman berwarna-warni dan air pancut yang disertai pemandangan Griffith Observatory yang terkenal.

Umum mengetahui, DiCaprio memiliki beberapa aset hartanah dengan kebanyakan portfolionya berada di California, sebuah apartmen di New York dan sebuah pulau persendirian di Belize. Koleksi hartanah di California miliknya merangkumi dari Palm Springs ke Malibu dengan pembelian hartanah pertamanya pada tahun 90-an di mana beliau mengeluarkan US$4 juta untuk membeli hartanah tersebut daripada bintang pop Madonna.

Hadiah Buat Ibu

Walaupun beliau memiliki beberapa hartanah, kebanyakan pembeliannya tidak kekal dalam portfolionya. Sebaliknya, beberapa aset tersebut telah diberikan kepada anggota keluarganya. Menurut TopTenRealEstateDeals.com., pembelian rumah kali ini adalah bertujuan untuk dihadiahkan kepada ibunya, Irmelin Inderbirken.

Namun, ini bukan satu-satunya hartanah DiCaprio di Los Feliz. Malah, pelakon itu telah membeli hartanah lain bernilai US$4.9 juta di kawasan kejiranan yang sama beberapa tahun yang lalu untuk ayahnya, George DiCaprio.

Bintang Titanic itu masih tinggal di Sunset Strip, hanya 30 minit pemanduan dari ibu bapanya yang tinggal di Los Feliz.

Menarik kan kisah ni ? Nak tak kami bantu anda memiliki rumah seperti Leonardo DiCaprio ?

Klik SINI

Related Posts

Compare

Enter your keyword