Info Hartanah

Modal Beli Rumah Saya Tak Berapa Ngam. Ada Cara Lain Tak Untuk Beli?

Masalah yang sering berlaku di kalangan bakal pembeli rumah adalah disebabkan kurang dana untuk dijadikan modal bagi pembelian rumah. Apa yang kita tahu membeli rumah memerlukan downpayment seakan sama seperti membeli kereta. Kos-kos ini merangkumi bayaran seperti deposit, guaman, penilaian etc.

Persoalannya, bagaimana jika anda tidak mempunyai modal yang cukup untuk pembelian rumah tersebut?

Masih ada cara lainkah yang boleh dilaksanakan?

Sebenarnya ada beberapa cara lain yang boleh anda gunakan. Yang keempat tu khas buat kakitangan kerajaan sahaja.

1) Beli Rumah Projek Baru (Pasaran Primer)

Beli rumah yang masih dalam fasa pembinaan (undercostruction) atau projek baru. Kenapa beli rumah projek baru?

Hal ini demikian kerana kebanyakan projek baharu menawarkan kepelbagaian pakej yang menarik kepada pelanggan. Ini bertujuan untuk menarik minat pembeli sekaligus meringankan bebanan kos para pelanggan untuk pembelian rumah.

Antara pakej yang ada ditawarkan dalam pasaran primer ini adalah seperti percuma kos guaman, diskaun harga rumah, rebat yang menarik, diskaun bumiputera, percuma kos duti setem dan lain-lain lagi. Namun begitu, pakej-pakej yang ditawarkan masih tertakluk kepada projek yang dibangunkan oleh pemaju. Tidak semua projek akan menggunakan pakej yang sama.

Di samping itu, apa yang lebih menarik kebanyakan rumah baru tidak memerlukan deposit pun untuk membeli rumah. Ia dipanggil sebagai Zero Deposit. Kalau ada pun, mungkin pemaju hanya akan minta dalam RM1,000 sahaja atau beberapa amaun tertentu sebagai wang tempahan rumah. Oleh itu, anda boleh terima peluang penjimatan yang agak banyak semasa membeli rumah.

Tak lupa juga jika anda bertuah, akan ada beberapa inisiatif kerajaan yang boleh membantu anda dapatkan rumah seperti inisiatif yang pernah dilancarkan sebelum ini iaitu Kempen Pemilikan Rumah (HOC).

2) Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Guna pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai medium untuk mendapatkan modal beli rumah. Terdapat sesetengah orang memanfaatkan platform ini untuk membeli rumah. Mereka menggunakan hasil dividen untuk membayar segala kos yang diperlukan.

3) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)

Bagi sesiapa yang bekerja pasti akan ada jumlah wang yang akan dicarum ke KWSP. Sama ada caruman daripada majikan mahupun caruman daripada sebahagian gaji anda setiap bulan. Bermakna anda ada satu tabung simpanan lain semasa anda bekerja.

Mungkin ada yang masih tidak tahu pembelian rumah boleh dilakukan melalui pengeluaran KWSP iaitu dengan buat pengeluaran daripada akaun 2. Pengeluaran ini sangat berguna untuk yang tahu caranya. Melalui pengeluaran ini anda dapat gunakan ia sebagai modal beli rumah.

4) Pinjaman LPPSA

Kalau anda orang kakitangan kerajaan, terdapat satu lagi alternatif lain yang boleh anda gunakan selain daripada membuat pembiayaan perumahan daripada pihak bank iaitu dengan menggunakan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk pembelian rumah. Kemudahan ini khas untuk orang gomen sahaja. Pekerja swasta tidak berpeluang untuk mendapat kelebihan ini.

Apa yang menarik tentang LPPSA ialah anda akan dapat 100% kelulusan pembiayaan. Kalau nak dibandingkan dengan pembiayaan loan bank yang hanya menyediakan maksimum margin 90% sahaja dari nilai pemohonan. Bermakna baki 10% anda perlu keluarkan dari poket anda sendiri untuk wang pendahuluan.

Jangan Guna Cara Ni Untuk Beli Rumah!

Jangan guna pinjaman peribadi untuk membeli rumah. Kenapa tak digalakkan? Apa keburukannya?

1. Komitmen bulanan anda akan menjadi tinggi.

2. Kalau disewakan rumah, susah nak dapat positive cashflow sebab komitmen tinggi.

3. Kelayakan pembiayaan rumah semakin berkurang.

4. Impak buruk kepada loan profile. Personal loan lepas, permohonan pembiayaan rumah berpotensi untuk sangkut.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masih ada ruang dan peluang untuk anda membeli rumah. Kita hanya perlu mencari alternatif dan jalan lain untuk mencapai impian yang kita inginkan.

Terima kasih kerana setia membaca sehingga penghujung artikel. Saya rasa anda dah dapat sedikit gambaran bagaimana untuk atasi masalah modal awal yang mungkin anda sedang alami. Moga hasil penulisan ini memberi manfaat kepada semua.

Di samping itu, mungkin ada dikalangan anda yang masih mencari rumah rumah yang sesuai dengan kelayakan gaji anda. Kami akan cuba bantu anda dan bimbing sehingga dapat rumah yang sesuai.

Boleh klik SINI

Related Posts

Compare

Enter your keyword