Info Hartanah

Nak Beli Rumah Untuk Pelaburan? Jom Follow Tips Ni

Seperti semua sedia maklum, dekat dunia ni banyak sangat medium pelaburan yang ada. Daripada yang kecairan tinggi (high liquidity) hinggalah yang kecairan rendah (low liquidity). Dalam banyak-banyak tu, ada satu jenis pelaburan yang hampir 90% daripada populasi jutawan di dunia yang menjana kekayaan mereka melalui medium pelaburan ini. Apakah medium itu? Sudah semestinya tak lain dan tak bukan melalui pelaburan hartanah. Saya nak kongsikan dengan anda beberapa tips asas yang mungkin anda boleh aplikasikan ilmu ini pada masa akan datang dalam usaha beli rumah untuk tujuan pelaburan.

#Tips 1. Semak Kelayakan

Pertama sekali, anda perlu semak kelayakan untuk beli rumah. Kebiasaannya, kelayakan anda akan dikira sekali berdasarkan Debt Service Ratio (DSR). DSR ialah tahap kemampuan anda untuk mendapatkan pembiayaan bank bagi membiayai rumah anda. Anda boleh semak kelayakan anda di bank atau boleh kira sendiri secara kasar bagi yang sudah tahu caranya. Tujuan kita perlu kira kelayakan ini terlebih dahulu adalah untuk kita tahu anggaran kos perbelanjaan hartanah yang mampu kita miliki. Justeru itu, kita dapat elakkan diri dari terjerat membeli hartanah di luar kemampuan kita. Belilah ikut kelayakan dan bukannya ikut demand sendiri.

#Tips 2. Pengurusan Kewangan

Seterusnya, urus kewangan anda bermula hari ini. Lebih awal anda mula, lebih baik. Jika anda nak beli rumah pelaburan, ia memerlukan kewangan yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda beli rumah subsale atau secondhand. Paling lazim deposit yang diperlukan adalah 10% daripada harga rumah. Katalah rumah harga RM200,000, maka anda perlu sediakan RM20,000 sebagai deposit. Belum campur kos lain seperti yuran guaman, stamp duty, SPA dan lain-lain. Saranan terbaik anda perlu get ready dalam 15%-20% daripada harga rumah. Banyakkan kos yang diperlukan?

#Tips 3. Sediakan Wang Kecemasan

Ni kira back up plan. Kita perlu asingkan juga simpanan wang kecemasan untuk rumah pelaburan kita. Paling terbaik kita perlu ada back up selama 6 bulan. Kenapa kena get ready semua ni? Andailah kata, rumah pelaburan kita tak dapat jana cashflow. Duit back up pula tiada. Masak kita kalau tak ada emergency fund. Berbulan-bulan rumah kita tak bayar instalment, silap hari bulan rumah tu boleh kena lelong. So, prepare for the worst.

#Tips 4. Target Lokasi Menarik

Dah settle 3 benda tadi, kita ke langkah seterusnya. Nak beli rumah untuk pelaburan kena target lokasi-lokasi yang best. Cari kawasan yang ada banyak kemudahan seperti pangangkutan awam, akses lebuhraya, shopping mall, pasaraya etc. Sebaiknya cari lokasi yang dah matang dengan pembangunan sekeliling. Ini akan menjadi salah satu Unique Selling Point (USP) hartanah anda. Ambil tahu juga tentang pembangunan akan datang. Kebiasaannya lokasi yang ada banyak kelebihan ini berpotensi untuk anda jana positive cashflow hasil daripada sewaan rumah tersebut sebab ada demand yang baik.

#Tips 5. Cari Target Market

Setkan dalam minda anda siapa target market anda. Anda nak sewakan rumah tersebut pada siapa? Individu bujang atau yang dah berkeluarga? Pelajar atau masih bekerja? Kenalpasti target market anda dan pastikan ianya relevan dengan kondisi dan kapasiti yang boleh diduduki bagi sebuah rumah.

#Tips 6. Produk

Tips terakhir adalah produk atau rumah tu sendiri. Macam mana produk kita tu nak disewakan? Tentukan sama ada nak sewa dalam bentuk fully furnished, partly furnished atau vacant sahaja. Sebab tak semua orang nak sewa rumah kita kosong saja. Ada yang mungkin nak masuk menyewa bawa diri dan pakaian sahaja. Perabot semua tak bawa sekali. Yang ini kita sendiri tentukan nak cari jenis tenant macam mana.

Selain itu, apa kelebihan dari segi fasiliti untuk rumah kita nak bagi sewa tu? Senaraikan seperti ada taman permainan, gymnasium, padang bola sepak dan sebagainya. Kemudian bandingkan dengan saingan harta tanah sekeliling.

Okay sampai situ saja penulisan saya untuk kali ini. Simple tips and briefly sahaja. Harap memberi manfaat kepada sesiapa yang baca artikel ni. Stay tuned untuk penulisan yang seterusnya.

Dapat sesuatu?

Jangan lupa untuk kongsikan tips ini ye! Biar kita sama-sama dapat manfaat.

Masih mencari rumah idaman anda? Klik SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword