Kebanyakan orang mengalami masalah untuk menyimpan duit pada setiap bulan. Oleh yang demikian, saya nak kongsikan dengan anda simple tips bagaimana untuk membuat simpanan yang konsisten supaya wang tabungan anda bertambah tahun demi tahun.
1. Buat 2 Account Bank Berbeza
Cara ini paling mudah. Anda boleh daftarkan dua account bank berbeza. Contohnya, satu Bank A(Harimau) dan satu lagi bank B(Sotong). Tetapkan fungsi dan objektif setiap account. Jadi, mungkin anda boleh tetapkan yang Bank A itu hanya untuk SIMPANAN manakala Bank B pula untuk PERBELANJAAN. Oleh itu, setiap bulan duit yang berusik hanya di Bank B sahaja untuk pembayaran keperluan harian, bil, pinjaman dan sebagainya. Portion yang diletakkan di Bank A tidak berusik dan terus kekal bertambah.
2. Amalkan Sikap Simpan Baru Belanja
Sewaktu kecil maybe ada parents kita pesan “belanja dulu, ada lebih baru simpan”. Tapi kali ini cuba kita ubah sikap dengan simpan dulu baru belanja. Setiap kali anda mendapat gaji atau elaun pada setiap bulan, simpan dulu berapa peratus yang anda inginkan baru selebihnya dibelanjakan. Boleh cuba 50/30/20 rules (50 KEPERLUAN/ 30 KEMAHUAN/ 20 SIMPANAN & PELABURAN) atau anda boleh setkan berapa peratusan simpanan yang anda lebih selesa dan tak terbeban. Lebih besar peratusan, lebih besar simpanan.
3. Buka Account Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Buka account ASB dan setkan mode Auto Deduction atau Auto Labur untuk account kita. Auto Labur ialah perkhidmatan di myASNB yang membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan setiap bulan secara automatik. Tak payah pening kepala nak fikir untuk bank in duit ASB. Auto je duit masuk ke account. Dengan cara ini secara tidak langsung anda akan berjaya menyimpan sambil melabur.
Jika anda aplikasikan ketiga-tiga perkara ini, tidak mustahil simpanan anda akan bertambah.
Jadi, teruskan menyimpan dan selamat mencuba!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan jangan lupa share ye 🙂