Info Hartanah

Nak Sewakan Rumah Tapi Tak Tahu Caranya? Guna Tips Ni

Sewakan rumah adalah antara alternatif yang anda boleh gunakan dalam dunia pelaburan hartanah bagi menjana cashflow. Jika anda bertuah dan mengatur strategi dengan tepat kemungkinan anda boleh mendapat positive cashflow atau lebihan wang daripada sewaan bulanan.

Namun bagi mereka yang baru bermula pasti memikirkan bagaimana hendak menyewakan rumah dan mencari prospek penyewa dengan secepat mungkin. Percaturan perlu betul bagi memberi potensi sewaan yang berbaloi dan rumah anda berada dalam kondisi yang masih baik. Antara langkah yang anda boleh gunakan adalah seperti berikut:

1. Periksa Keadaan Rumah

Sebelum anda nak sewakan rumah pada orang, pastikan rumah dalam keadaan yang baik. Contohnya, rumah tiada kebocoran, dinding rumah tak retak, saluran sinki tidak tersumbat, pintu rumah dalam keadaan baik, dan sebagainya. Kerosakan-kerosakan kecil ini yang selalu jadi sebab kenapa penyewa nak runding dengan harga yang lebih rendah berbanding apa yang dah ditetapkan oleh anda.

Selain itu, rumah yang nak disewakan itu pastikan dalam keadaan yang bersih. Andai rumah itu partially or fully furnished, pastikan perabot dan peralatan disusun dalam keadaan yang baik, periksa terlebih dahulu peralatan tersebut berfungsi dengan baik atau tidak. Kalau nak tambat lagi hati mereka yang nak menyewa, sediakan kemudahan elektonik macam aircond, peti sejuk, mesin basuh, kipas dan TV. Sudah tentu dengan cara ni, first impression penyewa terhadap rumah anda nampak yakin dan lebih positif.

2. Menentukan Harga Sewa

Sudah tentu, anda nak sewakan rumah secepat mungkin dengan harga yang tinggi. Namun begitu, cara terbaik untuk menetapkan harga sewa adalah dengan membandingkan harga rumah anda dengan rumah lain yang disewakan di hartanah sekitar. Anda perlu menyewakan dengan harga yang bersesuaian dengan permintaan dan pasaran semasa.

Penyewa akan lebih cenderung memilih rumah yang memberikan offer terbaik dan disertakan dengan kondiri rumah yang menarik. Jika anda gunakan khidmat Perunding Hartanah atau Ejen Harta Tanah mereka dapat memberikan idea harga yang bagus untuk sewakan rumah anda untuk dapatkan penyewa segera dengan harga yang lebih tinggi.

3. Dapatkan Khidmat Mereka Yang Mahir

Orang kata nak sewa ni lagi senang daripada jual, tapi ianya tak semudah yang anda sangkakan. Jika rumah anda tidak dapat pendedahan yang baik dalam pasaran. Agak mustahil untuk dapatkan prospek penyewa dengan kadar yang segera. Ini adalah salah satu tips yang boleh anda gunakan iaitu dengan menggunakan khidmat mereka yang mahir dalam servis penjualan dan penyewaan rumah seperti perunding hartanah (REN) atau ejen harta tanah (PEA/EA).

Sewa dan Jual Beli hartanah memang dah jadi skop kerja mereka. Jadi tak payah risau dari segi mencari bakal penyewa yang bagus dan trusted ,mengiklankan rumah anda sehingga menyediakan perjanjian penyewaan. Dengan berbekalkan ilmu serta pengalaman yang mereka ada, urusan sewaan rumah anda akan jadi lebih mudah.

4. Iklan Rumah Yang Akan Disewakan

Bagi mengelakkan rumah anda kosong terlalu lama tanpa penyewa, jangan lupa untuk mengiklankannya. Iklankan rumah sewa anda di website atau mungkin melalui media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Selain itu, anda boleh guna cara lain seperti mewar-warkan dalam group kejiranan untuk menarik perhatian mana-mana kenalan mereka yang berminat untuk menyewa.

Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Perunding Hartanah atau ejen harta tanah, anda tak perlu risau. Segala urusan yang melibatkan pengiklanan akan dilaksanakan oleh ejen yang dilantik sebagai langkah pemasaran mereka untuk mendapatkan penyewa.

Apa yang menarik dan terbaik adalah jika anda menggunakan servis mereka, peluang rumah anda disewakan lebih tinggi kerana mereka menggunakan kepelbagaian platform pemasaran yang berbayar sebagai contoh PropertyGuru etc. Apabila rumah anda mendapat pendedahan dalam pasaran dengan lebih baik, ia menjadikan penyewa lebih mudah untuk dicari.

Dengan ini, anda hanya goyang kaki dan perlu follow up sahaja pada REN tersebut tentang status terkini rumah anda.

5. Memilih Penyewa dengan TEPAT

Bila mana rumah anda sedia untuk disewa, buatlah pilihan dengan bijak kerana memberi sewa kepada orang lain boleh dikira sebagai keputusan besar yang anda harus pertimbangkan. Pilih penyewa yang terbaik, bayar on time dan jaga rumah sewa anda dalam keadaan yang baik.

Dapatkan maklumat mengenai bakal penyewa lebih-lebih lagi keupayaan kewangan mereka. Tanya pekerjaan dan gaji mereka. Boleh minta slip gaji untuk pengesahan pendapatan dan juga buat sedikit kaji selidik latar belakang penyewa. Ini dapat menentukan kemampuan kewangan bakal penyewa anda samada mereka mampu ataupun tidak. Kalau anda rasa leceh sangat guna sahaja khidmat mereka yang mahir. Oleh itu, penyewa dapat ditapis terlebih dahulu sebelum rumah itu dilepaskan untuk didiami oleh orang lain.

6. Jangan Lupa Buat Tenancy Agreement (Perjanjian Sewa)

Kenapa kena buat? Pertamanya atas sebab untuk lindungi diri pada masa akan datang dari apa-apa isu. Kerosakan barang, barang hilang atau sebagainya. Jadi kalau ada apa-apa masalah berlaku sama ada daripada pihak anda sendiri atau daripada pihak penyewa, kita ada bukti hitam putih yang semua rundingan ini terlaksana di bawah satu perjanjian. Tenancy Agreement ini perlu lengkap disetemkan bagi menjamin hak pemilik dan hak penyewa terjamin.

Di samping itu, jika dari awal anda dah bagi sewa disertakan dengan perjanjian sewa, pemilik dapat menikmati sewa bulanan yang diambil kira sebagai pendapatan dan akan dinilai oleh pihak bank masa kita nak apply loan untuk beli rumah lain. Di situ, dah ada kelebihan untuk diri anda.

Bagi mereka yang masih buntu sampai sekarang masih tak dapat cari penyewa untuk rumah sewa anda, boleh klik SINI

Kami usahakan bantu anda.

Belajar sesuatu dari artikel kali ini? Moga ianya bermanfaat dan selamat beramal.

BACA: Kelebihan Menyewa Rumah di Malaysia

Related Posts

Compare

Enter your keyword