Nak beli rumah perlu ada strategi yang betul. Sebenarnya, orang bujang antara individu yang mempunyai potensi untuk membeli rumah. Sebab apa? Anda masih tidak terbeban dengan komitmen keluarga. Masih terbentang ruang dan peluang untuk mengatur langkah dengan bijak untuk miliki hartanah sendiri.
Ada 6 tips yang admin nak kongsikan dengan anda yang bergelar bujang untuk membeli rumah. Tips yang terakhir yang paling penting.
1. Mula Buat Simpanan
Boleh mula buat simpanan. Sama ada anda masih belajar atau baru bekerja, belajar untuk pupuk diri untuk menyimpan. Sedikit demi sedikit mengikut kemampuan dan kapasiti kewangan anda. Letak satu target jumlah simpanan yang anda inginkan untuk dijadikan modal pembelian rumah.
2. Mula Jaga Rekod Kewangan
Rekod kewangan ini amat penting. Lazimnya, ia digunakan sebagai pengukur oleh bank untuk menilai diri anda sebelum memberi sebarang pinjaman atau pembiayaan rumah. Bank akan mengukur CCRIS dan CTOS anda. Maka jaga ia dengan sebaik mungkin. Jika dijaga kualiti rekod kewangan anda dengan baik, lebih mudah untuk anda memohon pembiayaan rumah.
3. Sediakan minimum 10%
Minimum 10% yang perlu anda simpan jika ada hasrat untuk memiliki rumah sendiri. 10% daripada harga rumah adalah amaun lazim yang digunakan di dalam Malaysia. 10% digunakan sebagai deposit. Baki 90% akan dibiayai oleh pihak institusi kewangan.
4. Komitmen Jangan Terlalu Tinggi
Elakkan komitmen yang terlalu tinggi. Ia mungkin akan memberi kesan terhadap DSR anda. Jika terlalu tinggi, peluang untuk anda miliki rumah akan menjadi semakin tipis kerana lebihan gaji yang ada setelah menolak komitmen sedia ada terlalu rendah.
5. Elak Ada Bayaran Tertunggak
Jika ada komitmen bulanan seperti motorsikal, ASBF, PTPTN, pinjaman peribadi, kad kredit dan komitmen lain yang berkaitan, pastikan anda membayarnya mengikut amaun dan masa yang ditetapkan oleh institusi perbankan. Hal ini demikian, jika anda bayar tepat pada masanya, bank akan menilai anda sebagai peminjam yang bagus (good paymaster).
6. Cari Rumah Ikut Kelayakan
Semak kelayakan anda sebelum membeli rumah. Ia menjimatkan masa dan dapat memudahkan anda untuk mengetahui berapa amaun modal yang perlu anda keluarkan untuk membeli hartanah tersebut. Justeru itu, permohonan pembiayaan juga akan lebih mudah kerana pembelian rumah berdasarkan kelayakan yang sebenar.
Kesimpulannya, orang bujang sememangnya ada kelebihan untuk membeli rumah. Mula buat simpanan sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah. Mula jaga rekod kewangan dari waktu muda dan bayar segala komitmen tepat pada waktunya. Komitmen biarlah tidak terlalu tinggi untuk mudah mendapat kelulusan pembiayaan. Akhir sekali, carilah rumah ikut kelayakan dan kemampuan kewangan. Tepuk poket, tanya diri. Semoga bermanfaat.
Nak kami bantu bimbing anda dapatkan hartanah yang sesuai dengan kelayakan anda? Klik SINI
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
1. Kombo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258