Info Hartanah

Penting Ke Bina Credit Score?

Apa itu credit score? Secara amnya, konsep mudah kita nak faham ialah credit score ni skor pinjaman kita dengan pihak bank pada setiap bulan. Skor kita bayar semula hutang yang kita buat daripada pihak bank.

Ia digunakan oleh institusi kewangan seperti bank dalam menilai sejarah kewangan anda supaya lebih mudah institusi kewangan untuk menentukan jika mereka ingin berurusan dengan anda dan menentukan apakah anda layak atau tidak mendapatkan pinjaman.

Ada sesetengah orang berpendapat bahawa “Perlu ke saya berhutang? Rasanya tak perlu kot. Cukuplah sekadar saya menyimpan saja di bank jauh lebih baik”. Ya benar menyimpan itu bagus tapi pada perspektif lain yang perlu kita lihat iaitu dari sudut pandangan bank terhadap profil seseorang individu. Kita rasa kita bagus ada simpanan semua tapi bank belum boleh jamin kita ni bagus.

Perspektif Mata Bank Mengenai Credit Score

Pada mata bank, jika anda tidak buat apa-apa langkah untuk wujudkan komitmen dan bina credit score. Bank agak sukar untuk beri pinjaman untuk pada masa akan datang terutama macam nak beli rumah. Sebab bank masih ragu-ragu adakah anda ni boleh tepati kriteria dan bayar setiap bulan atau tidak? Maka, perkara ini akan menyukarkan anda sebab dalam pembelian rumah melibatkan kos yang tinggi dan lazimnya orang membeli dengan mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan. Sudahnya impian anda terbantut hanya kerana tiada komitmen bulanan.

Apabila anda berjaya wujudkan corak credit score dalam profil kewangan anda, dari sinilah bank akan menilai anda seorang peminjam yang baik atau tidak. Mungkin anda jenis bayar tepat pada masanya (on-time) atau jenis yang suka tangguh bayaran. Melalui skor inilah bank akan menentukan karakter anda sebagai seorang peminjam.

Apa Cara Yang Boleh Saya Buat Untuk Bina Credit Score?

1. Credit Card

Boleh apply credit card. Namun perlu hadkan penggunaan sebab kad ni sangat berhantu. Anda swipe sana, swipe sini. Tahu-tahu hujung bulan bertimbun hutang. Tetapkan betul-betul objektif penggunaan, guna ia dengan sebaik mungkin untuk bina credit score dan bayar on-time setiap bulan. Jangan salah guna, kelak merana sebab interestnya yang agak tinggi.

2. ASBF

Boleh pergi bank yang menyediakan ASBF dan sertakan dokumen yang diperlukan. Daftarkan butiran untuk akaun ASBF dan boleh pilih berapa lama tempoh pelaburan yang anda mahukan. Boleh setkan auto deduct terus supaya setiap bulan automatik sahaja bayaran ASBF dibuat. Simple dan efektif untuk membina credit score.

Kesimpulannya, credit score sangatlah penting untuk kita wujudkan. Nak buat pinjaman pun jadi lebih mudah

Belajar sesuatu? Jangan lupa untuk share artikel ini supaya semua orang dapat manfaat daripadanya.

BACA: 6 Tips Asas Beli Rumah Pelaburan

Related Posts

Compare

Enter your keyword