Info Hartanah

Perjanjian Sewa Rumah Penting Untuk Elak Anda Terciduk!

“Apa yang penting sangat sampai kita perlu buat perjanjian sewa rumah? Kenapa tidak sewa sahaja dan bayar bulan-bulan?”

“Tak perlu kutip deposit pun. Bawak masuk barang. Settle. Bukan jadi masalah pun.”

Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan anda mengapa pentingnya kita buat tenancy agreement. Bukan suka-suka sahaja kita buat perjanjian ini. Ada sebab-sebab tertentu yang perlu dititikberatkan.

1. Kontrak sah antara pemilik rumah dan penyewa

Secara ringkasnya, perjanjian sewa rumah atau Tenancy Agreement ini adalah satu kontrak sah yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Dengan adanya perjanjian sewa rumah, kedua belah pihak lebih sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing. Penyewa tahu berapa amaun dan pada tarikh bila mereka perlu melunaskan bayaran sewa rumah. Pemilik rumah tahu bila duit dari penyewa akan masuk ke akaun bank mereka.

2. Melindungi hak pemilik dan penyewa

Kalau kita menyewa rumah, kebiasaannya akan ada sejumlah wang yang akan diminta sebagai security deposit oleh tuan rumah. Perjanjian ini berfungsi sebagai bukti bahawa penyewa telah membayar sejumlah deposit kepada pemilik. Security deposit ini akan dipulangkan kepada penyewa sebaik sahaja tamat kontrak sewaan. Ia masih bergantung pada terma dan syarat yang ditetapkan. Andai kata tiada perjanjian, pemilik hartanah boleh menidakkan dan menafikan akan adanya security deposit semasa awal sewaan. Maka sia-sia sahaja duit anda diambil tanpa ada sebarang bukti yang jelas.

Di samping itu, ia dapat melindungi pemilik rumah. Pemilik perlu sertakan klausa yang melindungi pemilik rumah di dalam perjanjian. Sebagai contoh, pemilik berhak menuntut bayaran sewa tertunggak kepada penyewa, pemilik rumah boleh memfailkan saman pengusiran di mahkamah dengan perjanjian sebagai bukti. Sebarang pertikaian antara pemilik dan penyewa boleh dirujuk kepada kontrak penyewaan.

Perjanjian penyewaan juga memberikan hak kepada pemilik untuk melucut hak deposit sekiranya berlaku kerosakan harta benda. Hak untuk kehilangan deposit juga memastikan penyewa mematuhi tempoh pembiayaan, sekiranya penyewa berpindah secara tiba-tiba tanpa notis.

3. Ada hitam putih kalau ada sebarang isu berlaku

Kita tak minta sebarang isu berlaku. Tapi kalau-kalau pada masa akan datang ada problem yang terjadi atau ada salah faham antara mana-mana pihak sama ada penyewa mahupun pemilik hartanah. Perjanjian sewa yang dibuat itulah yang akan dijadikan bukti dan hitam putih akan segala terma dan syarat telah diperakui oleh kedua belah pihak.

Tindakan boleh dikenakan pada mana-mana pihak yang membuat salah laku. Risiko-risiko yang akan ditanggung oleh pemilik rumah macam perabot rosak, tidak bayar sewa, barang rumah hilang, rumah dijadikan markas aktiviti haram dan pemilik mungkin akan mengalami kesukaran untuk mengosongkan rumah. Manakala risiko-risiko yang bakal ditanggung oleh penyewa pula ialah sewa bulanan tak sama macam perjanjian, hilang deposit tanpa sebab yang kukuh dan diusir tanpa notis keluar.

4. Pendapatan tambahan

Ini kira bonus untuk pemilik hartanah yang memberi sewa kepada orang lain. Andai kata anda membuat kontrak perjanjian sewa yang sah dan lengkap, maka perjanjian tersebut boleh diambil kira sebagai pendapatan tambahan. Dengan ini, ia dapat dijadikan bukti ada sumber pendapatan lain yang anda jana serta dapat memberi sokongan kepada anda jika ingin memohon pinjaman daripada pihak institusi kewangan seperti bank.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jangan ambil mudah bab sewa. Nampak macam remeh dan leceh nak buat perjanjian sewa rumah semua ni. Tapi kalau nasi dah jadi bubur. Rumah rosak dan anda terciduk. Kena pula anda kena hadap penyewa dari neraka. Banyak kos yang anda perlu tanggung dan akan serabutkan kepala anda.

Jadi, kalau anda nak sewakan rumah boleh dapatkan khidmat kami juga. Kami akan tapis terlebih dahulu penyewa yang bakal masuk ke rumah anda. Kami akan pastikan dari segi gaji, tempat bekerja, butiran penyewa dan sebagainya sebelum meneruskan urusan dengan mereka. Perjanjian sewa juga kami akan settlekan.

Jika anda berminat boleh klik SINI

Related Posts

Compare

Enter your keyword