Info Hartanah

Pilih Hartanah Yang Betul. Tapi Kenapa?

Pemilihan hartanah yang betul memainkan peranan yang besar dalam hidup anda.

1. Property is a big ticket item

Hartanah ni bukanlah satu produk yang harganya puluh atau ratusan ringgit. Ia melibatkan angka-angka besar iaitu sekitar ratusan ribu malahan mencapai jutaan ringgit. Maka, ia tergolong dalam big ticket item. Pemilihan hartanah yang betul amat penting. Ia dianggap sebagai komitmen yang besar. Buat kira-kira dari segi bajet yang diperlukan:

  • 10% daripada harga rumah = Deposit rumah
  • 5% daripada harga rumah = Kos-kos lain (legal fees, valuation fees, stamp duty etc.)
  • Anggaran bayaran bulanan yang perlu anda bayar setiap bulan

2. Keputusan besar dalam hidup

Selain membeli kereta, berkahwin dan lain-lain. Membeli hartanah menjadi salah satu keputusan yang besar dalam hidup seseorang. Perlu anda berbincang dengan pasangan (jika ada) dan mengatur strategi pembelian dengan sebaik mungkin.

Sebelum membeli, tetapkan objektif terlebih dahulu. Pembelian ini dibuat bertujuan untuk dijadikan own stay atau sebagai pelaburan. Objektif yang berbeza mempunyai strategi berbeza.

  • Tetapkan objektif pembelian (ownstay/investment)
  • Tetapkan lokasi yang diingini (lokasi yang spesifik)
  • Semak anggaran kelayakan beli hartanah
  • Cari hartanah yang berada dalam range harga yang layak
  • Buat survey kawasan kejiranan dari segi kemudahan, akses lebuh raya dan lain-lain
  • Sediakan downpayment bersesuaian dengan harga rumah yang layak
  • Bincang dengan orang tersayang & tetapkan keputusan pembelian

3. Boleh menjejaskan kewangan anda

Sebab paling utama ialah ianya boleh menjejaskan kewangan anda. Jadi, pilih hartanah yang BETUL!

Betul dari segi apa? Betul dari segi kesesuaian kemampuan dan kapasiti yang anda ada.

Kalau kawan beli rumah besar, anda pun kena beli rumah besar jugak ke? Jawapannya TAK SEMESTINYA. Nak pasang impian dan cita-cita tu tak mengapa. Tapi kalau beli semata untuk bersaing dan nampak GAH, buruk padahnya. Sebab yang nak membayar rumah tu ANDA. BUKAN ORANG LAIN.

Pujian kawan-kawan, saudara mara, kenalan semua takkan dapat tampung kos komitmen bulanan anda. Andalah yang perlu bijak mengatur strategi.

Jadi apa langkah awal yang anda perlu buat? Semak anggaran kelayakan yang anda mampu untuk miliki sesebuah rumah. Macam mana cara dia? Boleh klik SINI

Kesimpulannya, saranan terbaik dapatkan bimbingan mereka yang mahir seperti perunding hartanah (REN), PEA atau REA untuk bantu anda. Mereka akan guide anda dari A-Z dalam proses pembelian rumah. Baik dari segi pembelian rumah undercon atau subsale. Malah jika anda mencari rumah untuk disewa, mereka turut boleh bantu anda.

Itu sahaja untuk artikel kali ini. Buat sesiapa yang mencari rumah sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka mahupun Johor. Anda boleh klik SINI

DAPATKAN PANDUAN LENGKAP HARTANAH ANDA SEKARANG!!!

1. Kombo Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

2. Kombo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword