[vc_row][vc_column][g5plus_heading sub_title=”Refinance Your Mortgage” title=”Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan”][g5plus_space desktop=”45″ tablet=”35″ tablet_portrait=”30″ mobile_landscape=”25″ mobile=”20″][vc_column_text]
Ada 4 FAKTOR UTAMA mengapa anda memerlukan Pembiayaan Semula @ Refinance ini. Berikut adalah faktor-faktornya –
1). Kurangkan Kadar Faedah Pinjaman
- Faktor yang biasa kita dengar adalah untuk mengurangkan atau menurunkan kadar faedah @ interest rate pinjaman perumahan kita. Jika kadar semasa faedah pinjaman kita lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan hari ini, kita harus mempertimbangkan untuk pembiayaan semula. Secara langsung kita akan dapat menurunkan bayaran bulanan dan mempunyai lebih tunai ditangan untuk disimpan atau untuk kegunaan lain.
2). Memendekkan Tempoh Pinjaman
- Pernah tak kita rasa bimbang tentang berapa tahun lagi baki pinjaman perumahan semasa kita? Jika ya, maka pembiayaan semula untuk tempoh yang lebih pendek mungkin salah satu solusinya. Dalam sesetengah kes, jika kadar semasa kita tinggi, bayaran bulanan pada jangka masa yang singkat mungkin sama, namun tahun-tahun pembayaran akan berkurang. Oleh itu, semasa kita tidak dapat melihat pengurangan pembayaran setiap bulan, tetapi jumlah faedah yang dibayar secara keseluruhan akan dapat dikurangkan.
3). Penggabungan Hutang
- Hutang jangka pendek seperti kad kredit atau sesetengah daripada kita menggelarkannya sebagai ‘hutang jahat’ (bila sudah tidak terkawal lagi), mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada pinjaman perumahan. Jika kita mempunyai hutang jenis ini yang tidak boleh dikawal lagi, mungkin sudah masanya untuk kita tutup atau langsaikan hutang ini serta-merta dengan menyatukan hutang-hutang ini. Menyatukan hutang dapat melegakan pembayaran bulanan kita dan seterusnya boleh memberikan penjimatan faedah bulanan yang ketara.
4). Mendapatkan Wang Tunai
- Tatkala kita memerlukan wang tunai tambahan, pembiayaan semula boleh digunapakai. Mengambil ekuiti sebagai wang tunai untuk digunakan untuk keperluan lain mungkin merupakan cara yang kos efektif untuk mencapai matlamat kita, kerana kadar faedah pada umumnya lebih rendah daripada kadar pinjaman peribadi. Kita hanya perlu membuat satu pembayaran sahaja setiap bulan dan bukannya mempunyai pelbagai hutang.
Walaupun apa sahaja tujuan anda, objektif asal mengapa perlunya kita memohon Pembiayaan Semula mestilah dipatuhi secara konsisten. Kita tidak mahu diri kita terjerat dengan bebanan hutang baru atau tambahan sekiranya kita tersasar daripada objektif asal itu nanti.
Untuk anda yang mahukan bantuan dalam memohon pembiayaan atau pembiayaan semula, sila isikan butiran anda pada borang di bawah ini selengkapnya dan kami akan hubungi anda secepat mungkin nanti.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][g5plus_space desktop=”90″ tablet=”70″ tablet_portrait=”60″ mobile_landscape=”50″ mobile=”40″][g5plus_heading sub_title=”Sila lengkapkan borang di bawah ini” title=”Rakan Panel Bank Kami”][g5plus_space desktop=”45″ tablet=”35″ tablet_portrait=”30″ mobile_landscape=”25″ mobile=”20″][g5plus_clients images=”4416,4417,4421,4418,4419,4420,4423,4424,4425″ opacity=”90″ custom_links_target=”” bordered=”” autoplaytimeout=”5000″][g5plus_space desktop=”60″ tablet=”40″ tablet_portrait=”40″ mobile_landscape=”35″ mobile=”30″][/vc_column][/vc_row]