Sewaan hartanah ni kebiasaannya orang ambil sambil lewa sahaja. Bagi sesetengah orang tak perlu banyak prosedur pun. Tak payah ada Tenancy Agreement. Bagi orang sewa hartanah kita, nego-nego sikit, set the deal, terus boleh bagi sewa. Awal bulan kutip duit sewa sahaja. Tapi kena ingat yang kita ambil mudah itulah yang berkemungkinan menyusahkan kita di kemudian hari.
Jadi untuk artikel kali ni kita nak bincangkan tentang, kenapa pentingnya dan apa risiko jadi kalau tak ada tenancy agreement. Jom kita bincangkan.
1. No black and white
Mudahnya kita faham, bila tak ada Tenancy Agreement bermakna tak ada satu ikatan kontrak sah secara bertulis antara penyewa dan pemilik hartanah. Jadi, apa masalah yang akan terjadi dan selalu terjadi?
Salah seorang individu boleh pusing cakap sebelum, semasa atau selepas fasa penyewaan. Yelah kan bila kita hanya gunakan verbal agreement sebagai perjanjian di situ yang akan timbul kesusahan mana-mana pihak di kemudian hari. Verbal ni satu benda yang kita tak nampak dan ia boleh berubah-ubah. Verbal agreement tidak sekuat written agreement.
Dulu Si A kata begini, lepas berapa bulan boleh adjust harga sewa sesuka hati. Si B kata kos ni dia cover, tapi bila dah duduk menyewa, kos tu tak dia tak bayar pun. Kan pening tu.
Maka, di sinilah Tenancy Agreement berfungsi sebagai satu kontrak yang sah. Di Malaysia kita masih tiada akta yang mengkhususkan pada sewaan hartanah tetapi ia masih boleh tertakluk pada Akta Kontrak. Dengan kontrak sedia ada dapat bantu anda sebagai penyewa mahupun pemilik hartanah jika ada sebarang isu berlaku dan melindungi anda.
2. Risiko barang hilang
Unit-unit yang diberi sewa kebiasaannya tidak semua dalam keadaan kosong atau vacant. Ada yang disewakan dalam keadaan partially furnished atau fully furnished. Bila landlord sewakan dalam keadaan begini bermakna dah ada kelengkapan rumah yang disediakan. Dengan tilamnya, katil, almari, mesin basuh, peti ais, meja, sofa, meja makan dan lain-lain.
Di sini yang akan timbul masalah bila tidak ada Tenancy Agreement. Barang kelengkapan rumah landlord, ada risiko hilang atau rosak. Namun begitu, kalau anda ambil inisiatif untuk buat kontrak sewaan, anda boleh include sekali inventory list dalam Tenancy Agreement. Semua senarai kelengkapan boleh masukkan dalam senarai.
Sebagai contoh, semasa penyewa move out, anda masih boleh double check kelengkapan dulu sebelum pulangkan semula security deposit pada penyewa. Jika ada kehilangan atau kerosakan berlaku disebabkan oleh penyewa. Maka, anda sebagai pemilik boleh menolak beberapa amaun daripada security deposit tersebut.
Di sisi tenant pula, anda juga akan terlindung jika ada Tenancy Agreement. Andai kata barang yang landlord claim hilang tetapi dari awal penyewaan tidak disertakan dan tiada dalam senarai inventory list. Bermakna ia bukan salah anda. Jadi, bila ada kontrak bertulis anda selamat.
3. Duit boleh kena cekau
Dalam Tenancy Agreement, wajib untuk letak money figure seperti jumlah bayaran sewa bulanan, security deposit, utility deposit, access card deposit(jika ada) etc. Jadi, apa yang berlaku jika tak ada Tenancy Agreement?
Duit anda ada risiko untuk kena cekau. Bila ada kontrak bertulis anda boleh minta refund semula duit security deposit dan utility deposit dalam bentuk penuh (jika tiada pelanggaran terma & syarat, tiada tunggakan bil-bil rumah). Jadi, landlord tak boleh simply ambil duit penyewa (security depo + utility depo) dan gunakan duit itu sebagai hak mereka sendiri. Consider salah dah tu.
Kesimpulannya, risiko tiada kontrak sewaan ini tidak khusus untuk satu pihak sahaja. Ia direka untuk melindungi kedua-dua belah pihak. Baik landlord mahupun tenant. Mungkin nampak leceh tetapi lagi leceh kalau perkara yang tak diingini berlaku.
Belajar sesuatu? Ada yang nak kami bantu uruskan rumah sewa anda boleh klik SINI
BACA: 3 Deposit Sewa Rumah
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
COMBO EBOOK KERETA DAN RUMAH LELONG
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/SPECIALRAYACOMBO/1258
BERANI LABUR @ LEBUR
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookBeraniLaburLebur/1258
UNTUNG KER BELI RUMAH SUB-SALE?
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
Combo Ebook Berani Trade
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/Trading/1258
Rahsia Tanah Anda
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258
3 in 1 Kombo Ebook Rumah Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
Panduan Lengkap Membeli Kenderaan Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/keretalelong/1258