Ada satu masa kita akan berhijrah. Bila mana ada rezeki lebih pasti kita akan berhajat untuk upgrade rumah ke arah yang lebih baik. Sebelum kita beli rumah upgrade, ada beberapa panduan yang perlu kita follow. Pelabur hebat, Ahyat Ishak ada kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk sesiapa yang nak beli rumah upgrade. Biarpun pointnya ringkas namun padat dengan isi.
Antara tipsnya ialah:
Tahu Apa Yang Kita Suka
- Kita kena tahu apa yang kita suka dan tak suka dulu. Kalau kita tak tahu apa yang kita nak, macam mana orang lain nak carikan rumah yang sesuai untuk kita.
- Kalau dah tahu apa yang kita suka tu tak cukup kerana apa yg kita suka tu mungkin tak kena dgn poket kita. Kena ukur baju di badan sendiri. Berapa pembiayaan yang kita layak dan berapa yang kita benar-benar mampu. Itu kena kira dulu
- Graviti hidup kita sangat penting. Kat mana sekolah anak-anak. Kat mana tempat kerja. Jarak dari segi kilometer lokasi tu penting tapi kena tengok jugak jarak dari segi masa. Jalan-jalan tertentu itu akan terlalu jem
- Selain itu, rumah yang kita nak upgrade tu perlu lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Kalau tidak taklah namanya upgrade kan? Upgrade dari saiz, dari prestij kejiranan, dari lokasi dan fasiliti.
Apa Nak Buat Dengan Rumah Lama?
- Apa nak buat dengan rumah lama pun perlu ada dalam perancangan. Sekiranya rumah lama perlu dijual untuk menampung kos membli rumah upgrade yang baru, lain caranya. Kalau tak perlu jual, lain caranya. Perancangan kewangan dan langkah seterusnya perlu disusun elok-elok.
- Bagi yang nak beli rumah undercon, jangan terlalu teruja bila tengok showroom. Tarik nafas dan tenang dalam membuat keputusan. Kalau dibolehkan, turun dan periksa site. Kita kena ingat bahawa kita tak dapat rumah showroom tu.
Buat Senarai Shortlist!
- Bila nak pertimbangkan rumah upgrade ni, sama jugak bila nak beli rumah lain jugak, bila ada satu pilihan itu namanya takde pilihan! Kena ada senarai shortlist yang dah bincangkan bersama pasangan dan keputusan lebih mudah nak dibuat begitu
Sumber: Ahyat Ishak
Buat sesiapa yang masih mencari rumah yang sesuai dengan bajet dan komitmen sedia ada boleh klik SINI.
Kami akan bantu anda cari hartanah yang sepadan dengan kemampuan gaji anda.