Robert Kuok, nama yang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan. Sehingga hari ini, namanya kekal teratas sebagai orang terkaya di Malaysia.
Robert Kuok atau nama penuhnya Tan Sri Robert Kuok Hock Nien merupakan hartawan dan ahli perniagaan Cina Malaysia. Ramai yang masih tak tahu yang Robert Kuok ni pun ada nama famous dia juga. Ingat Dwayne Johnson je ke ada. Robert Kuok pun ada tau. Beliau digelar sebagai Sugar King dan King of Cooking Oil.
Pada awalnya, Robert Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung sahaja. Namun siapa sangka, kini beliau menjadi orang utama syarikat multinasional selaku Pengasas Kuok Group.Merujuk kepada Forbes, nilai bersih bagi Robert Kuok sehingga June 2021 sahaja dianggarkan sebanyak USD12.4Billion! (Sumber: Forbes)
Dengan jumlah bersih yang dimilikinya itu, ia menjadikan beliau sebagai orang terkaya di Malaysia dan orang yang ke-171 terkaya di dunia. Hebat tak hebat beliau ni.
Macam mana Tan Sri Robert Kuok menjana kekayaan beliau?
Dan mesti ramai yang tertanya macam mana Robert Kuok boleh buat duit sebanyak tu?Selain daripada beliau memiliki perniagaan sendiri, beliau juga mempunyai pelaburan di kebanyakan negara Asia. Yang merangkumi penanaman tebu, bisnes gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan.
Secara keseluruhannya, sumber kekayaan beliau banyak datangnya dari kelapa sawit, hartanah dan perkapalan.Jadi, memang tak mustahil lah untuk beliau capai kekayaan sebanyak itu. Usaha banyak, duit pun banyaklah.Memang idola lah Tan Sri Robert Kuok ni.
Belajar sesuatu?