Hi ! Saya Yusnizam Mohd Yusoff merupakan seorang Group Sales Manager (GSM) di salah sebuah Agensi Harta Tanah terkemuka di Malaysia iaitu CHESTER PROPERTIES SDN. BHD. dan juga seorang Perunding Hartanah Berdaftar (REN01712) yang berdaftar di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) – www.lppeh.gov.my

Saya menyelia dan membimbing Pasukan Perunding Hartanah di 3 (Tiga) Cawangan Agensi Harta Tanah Berdaftar di Taman Desa (KL), Seremban 2 (Negeri Sembilan) dan juga Durian Tunggal (Melaka). Mula terlibat di dalam Industri Hartanah secara serius pada tahun 2010 setelah mengundurkan diri daripada bidang kejuruteraan dan telah membantu ratusan pelanggan dari pelbagai latar belakang serta bangsa bagi mendapatkan hartanah atau rumah idaman mereka samada untuk tinggal sendiri mahupun pelaburan. Saya juga merupakan ahli berdaftar dengan beberapa badan dan persatuan harta tanah professional di Malaysia.

Saya telah diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan melatih lebih dari 1000 orang Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator baru dan lama. Dijemput sebagai ‘Guest Speaker’ untuk melatih Perunding Hartanah, Team Leader dan Team Manager di beberapa Agensi Harta Tanah lain di Lembah Klang dan juga Negeri Sembilan.

 

Pasukan Perunding Hartanah yang  diasaskan saya (RET Empire Group – RET) telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan yang berterusan seperti Top Sales Subsale, Top Sales Project, Top Sales Rental, Top 10 Negotiators, Top Rookie Negotiators, Top Team Leader, Compliance Award dan banyak lagi secara konsisten sejak dari tahun 2016 sehingga kini. Kejayaan-kejayaan ini saya abadikan di dalam YouTube Channel saya seperti link di bawah nanti.

 

Jadikan Kami Pasukan Hartanah Anda
_________

Berpengalaman Luas

Sebahagian daripada kami berpengalaman hampir 10 tahun di dalam industri ini dan telah membantu ratusan pelanggan dalam transaksi hartanah mereka. Kami yakin dan percaya kami mampu menjadi rakan hartanah yang terbaik buat anda.

Sentral Malaysia

Kami berpusat di kawasan sentral Malaysia yang meliputi 4 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Dengan rangkaian dan jaringan professional kami yang luas, kami percaya dapat mempermudahkan anda untuk mendapatkan mahupun melupuskan hartanah impian anda.

Professional Terlatih

Kami merupakan Perunding Hartanah Berdaftar yang professional dan terlatih serta tertakluk di bawah penyeliaan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia. Segala urusan dijamin selamat berlandaskan undang-undang sedia ada.

Konsultansi Setempat

Servis kami merangkumi keseluruhan proses – mencari hartanah yang sesuai, membuat negosasi menang-menang, nasihat harga, pemasaran, membuat tawaran, permohonan pinjaman bank dan LPPSA, nasihat guaman dan merumuskan transaksi. Kami bantu dari awal hingga akhir.

Klik Imej Untuk Senarai Hartanah Kami
__________

Like . Follow . Subscribe . Share

Daftarlah Sekarang. Jadikan kami Pasukan Hartanah Anda Yang Awesome !

Kerjaya Perunding Hartanah

** Nota : Kami merupakan Perunding Hartanah Berdaftar dengan Agensi Harta Tanah, Chester Properties Sdn. Bhd. – E(1)1321/4, E(1)1321/10 & E(1)1321/16.

– Yusnizam My –
Group Sales Manager
Senior Real Estate Negotiator – REN01712
Chester Properties Sdn. Bhd.
KL | Selangor | Negeri Sembilan | Melaka
Founder Of HartanahSentral.com

Copyright © 2020 - Hartanah Sentral

Compare