بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hi ! Saya Yusnizam Mohd Yusoff, seorang Perunding Hartanah Berdaftar (REN01712)  dan juga seorang Group Sales Manager (GSM) di CHESTER PROPERTIES SDN. BHD.

Saya menyelia dan membimbing Pasukan Perunding Hartanah di 3 (Tiga) Cawangan Agensi Harta Tanah Berdaftar di Taman Desa (KL), Seremban 2 (Negeri Sembilan) dan juga Durian Tunggal (Melaka).

Mula terlibat di dalam Industri Hartanah pada tahun 2010 dan telah membantu ratusan pelanggan dari pelbagai latar belakang serta bangsa bagi mendapatkan hartanah atau rumah idaman mereka samada untuk tinggal sendiri mahupun pelaburan.

 

“Saya dan suami sangat berpuas hati dengan kerjasama, servis dan nasihat daripada Encik Yus untuk kami mendapatkan aset-aset tersebut.

Saya menyarankan pada tuan dan puan yang ingin mencari aset atau rumah, mahupun ingin menjual aset-aset, berhubunglah dengan En. Yus”

“Saya mempunyai sebuah hartanah di USJ untuk dijual dan orang pertama yang bermain di fikiran untuk membantu saya ialah Encik Yus.

Walaupun saya kerap berubah fikiran mengenai harga, tetapi kesabaran dan nasihat beliau mengenai apa yang berlaku di pasaran semasa mengagumkan saya dan membuatkan saya sangat selesa berurusan dengan beliau”

“Saya gembira bertemu dengan Encik Yus dalam usaha membantu saya mendapatkan tempat berteduh. Saya sedang hamil dan berasal daripada Filipina bersama suami saya.

Beliau memang boleh diharapkan, jujur dan cekap dalam menjalankan perkhidmatannya. Selain boleh berbahasa Melayu beliau juga boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris yang memudahkan urusan kami”

Saya juga berpeluang untuk berkongsi ilmu dan sudah pun melatih lebih dari 3000 orang Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator baru dan senior sehinggalah hari ini. Dijemput juga sebagai ‘Speaker’ atau Trainer untuk melatih Perunding Hartanah, Team Leader dan Team Manager di beberapa Agensi Harta Tanah lain di Lembah Klang dan juga Negeri Sembilan samada secara fizikal mahupun secara on-line.

Pasukan Perunding Hartanah yang  diasaskan saya (RET Empire – RET) telah menerima lebih dari 900 Anugerah dan Penghargaan setakat ini seperti Top Sales Subsale, Top Sales Project, Top Sales Rental, Top 10 Negotiators, Top Rookie Negotiators, Compliance Award, Top Team Sales Manager, Top Group Sales Manager dan banyak lagi samada di peringkat Agensi mahupun di peringkat seluruh Malaysia atau Nationwide (Chester Group) secara konsisten bermula dari tahun 2016 lagi.

Growth Rate Sales GDV kami kini melebihi 90% setiap tahun. Kejayaan-kejayaan ini saya abadikan di dalam YouTube Channel saya seperti link di bawah nanti.

Berpengalaman Luas

Sebahagian daripada kami berpengalaman lebih dari 10 tahun di dalam industri ini dan telah membantu ribuan pelanggan dalam transaksi hartanah mereka. Kami yakin dan percaya kami mampu menjadi rakan hartanah yang terbaik buat anda.

Sentral Malaysia

Kami berpusat di kawasan sentral Malaysia hingga ke selatan, yang juga meliputi 6 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan juga Perak (Ipoh). Dengan rangkaian dan jaringan professional kami yang luas, ianya dapat mempermudahkan anda untuk melupuskan mahupun mendapatkan hartanah impian anda.

Professional Terlatih

Kami merupakan Perunding Hartanah Berdaftar yang professional dan terlatih serta tertakluk di bawah penyeliaan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH). Segala urusan dijamin selamat berlandaskan undang-undang sedia ada.

Konsultansi Setempat

Servis kami merangkumi keseluruhan proses – mencari hartanah yang sesuai, membuat negosasi menang-menang, nasihat harga, pemasaran, membuat tawaran, permohonan pinjaman bank dan LPPSA, nasihat guaman dan merumuskan transaksi. Kami bantu dari awal hingga akhir.

Jom Cari Hartanah Idaman Anda

Like . Follow . Subscribe . Share

Kerjaya Perunding Hartanah

Blog Hartanah

Perlukan Bantuan ?

Copyright © 2024 - Hartanah Sentral

Compare