Dulu saya pernah tertanya kenapa harga rumah high-rise ni berbeza. Perkara ni kita boleh lihat untuk rumah-rumah macam condominium dan apartment. Dari segi keluasan unit dan jenis unit itu kita fahamlah memang akan ada jurang perbezaan harga. Tapi yang menjadi persoalan, kenapa harga rumah yang berada di tingkat atas boleh jadi lagi mahal daripada tingkat bawah. Orang kata semakin tinggi, semakin mahal.
Tak berapa lama lepastu saya cuba carilah apa yang menyebabkan harga tu berbeza. Jadi ada beberapa faktor lain sebenarnya selain keluasan yang memainkan peranan dalam menentukan harga rumah high-rise ni. Jom ambil tahu!
1. Jual Pemandangan
Pertamanya, soal jual view. Nama pun high-rise, sudah tentu bangunan kediaman ini akan berdiri tegak dengan megahnya di tengah kota. Pemaju kebiasaannya meletakkan harga yang bersesuaian dengan unit ini kerana pemandangan yang luas ditawarkan kepada pihak pembeli. Logiknya, bila unit kediaman kita semakin tinggi, maka tak ada atau kurang halangan pemandangan(view) bagi unit tersebut.
Bila berada pada kedudukan tingkat yang rendah, unit kediaman kita itu lebih mudah dihalang oleh bangunan, kedai, perumahan dan lain-lain. Jadi, sesetengah orang rela membayar lebih untuk unit mereka demi sebuah pemandangan. Di samping itu, pemilik rumah dapat release tension mereka selepas seharian bekerja sambil melihat kota.
2. Suasana Tenteram
Disebabkan unit ini jauh tinggi ke atas, maka rumah tersebut akan kurang terdedah kepada bunyi bising jalan raya. Biarpun setiap hari penghuni high-rise itu akan mendengar kesibukan kota, namun buat mereka yang duduk di atas akan lebih tenteram. Selain itu, ada sesetengah high-rise yang fasilitinya terletak di tingkat bawah seperti tingkat 4 atau ground floor. Jadi bunyi bising tak didengari sangat.
3. Keselamatan Terjamin
Keselamatan menjadi peranan terbesar buat mereka yang membeli rumah di tingkat-tingkat tinggi. Hal ini demikian kerana unit teratas menawarkan keselamatan yang lebih baik disebabkan kurangnya akses oleh penghuni aras bawah. Maka, risiko yang akan ditanggung oleh pemilik rumah lebih rendah.
Tambah lagi jika unit high-rise itu menawarkan 4-tier security. Dari pintu masuk ke kawasan perumahan, naik lif hinggalah ke unit anda. Semua memerlukan kad akses untuk masuk ke unit anda. Keselamatan memang akan terjamin.
Kesimpulan
Kesimpulannya, itulah antara rasional kenapa rumah high-rise ni meningkat bila unit itu berada di tingkat atas. Tak salah untuk beli unit atas mahupun bawah. Yang penting selesa dan sesuai dengan kemampuan gaji anda. Itu yang lebih utama berbanding yang lain.
Itu sahaja untuk artikel kali ini. Semoga bermanfaat. Jangan lupa untuk stay tuned untuk lebih lagi artikel hartanah di website kami.
Jika ada di antara anda yang teringin nak duduk rumah-rumah high-rise macam condominium atau apartment, boleh klik SINI. Nanti kami cuba bantu anda.
Kalau ada pemilik hartanah yang nak mencari prospek pembeli/penyewa pun kami boleh bantu.
Klik link berikut: JUAL RUMAH/SEWA RUMAH
DAPATKAN PANDUAN LENGKAP HARTANAH ANDA SEKARANG!!
1. Kombo Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
2. Kombo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258