Masyarakat menganggap kerja seorang property agent satu kerja yang mudah. Namun begitu, ia sebenarnya satu kerja yang professional. Ia bukan soal menjual sahaja. Ia soal kemahiran, kepakaran dan seni dalam menguruskan sesebuah transaksi jual beli hartanah.
Banyak aspek yang perlu mereka pelajari untuk menjadi seorang agent yang cemerlang selain daripada ilmu penjualan seperti ilmu hartanah, ilmu guaman, dan perbankan juga mereka perlu pelajari. Ilmu-ilmu ini yang menjadikan pekerjaan ini sabagai satu pekerjaan professional.
Jadi mungkin ada yang tertanya apa sebenarnya tugas-tugas seorang agent?
Yang semua sedia maklum property agent dilantik oleh mana-mana pemilik hartanah untuk menguruskan penjualan atau sewaan hartanah. Selain itu, property agent juga berperanan membantu pembeli atau penyewa dapatkan hartanah yang sesuai dengan kelayakan dan kemampuan diri mereka.
Baik kita pergi ke tugas-tugas spesifik seorang property agent:
1. Inspection
Pertama sekali, selepas mendapat lantikan daripada pihak pemilik hartanah. Tugas property agent perlu melakukan inspection atau pemeriksaan hartanah. Tugas ini penting untuk agent lihat sendiri keadaan rumah yang terkini, mendapatkan maklumat hartanah, mengesahkan pemilik hartanah yang sebenar dan mengambil gambar atau video bagi tujuan pemasaran hartanah.
BACA: Kenapa Property Inspection Penting?
2. Marketing
Setelah mendapatkan butiran yang diperlukan beserta sumber gambar, agent perlu membuat kerja-kerja pemasaran. Tugas pemasaran ini melibatkan sama ada secara dalam talian atau luar talian. Boleh jadi online atau offline. Ia juga merangkumi medium pengiklanan berbayar. Ia bertujuan untuk menarik minat pelanggan di samping mendapatkan prospek yang berpotensi untuk setiap unit yang dipasarkan.
3. Viewing
Apabila unit yang dipasarkan berjaya mendapat target prospek yang berpotensi, agent akan bawa klien untuk sesi viewing rumah. Sesi ini penting untuk prospek dapat pengalaman sendiri melihat hartanah yang mereka ingin miliki. Prospek dapat lihat sendiri keadaan rumah dari segi ruang, reka bentuk, jumlah bilik, keluasan binaan dan tanah serta mana-mana perkara yang berkaitan dengan hartanah tersebut.
4. Negotiation
Selesai sesi viewing, langkah seterusnya adalah ruang diskusi yang mana pihak agent dan prospek akan berdiskusi dan membuat negotiaton untuk mencapai satu kata sepakat dalam pemilikan hartanah tersebut.
5. Closing
Andai berjaya mendapat kata sepakat. Deal dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sama ada pihak vendor & purchaser atau tenant & landlord. Maka, proses seterusnya akan diuruskan oleh agent untuk urusan tempahan atau booking unit.
6. Lawyer & banker
Selepas itu, agent juga perlu menguruskan lawyer & banker untuk pembeli dan pemilik hartanah. Di sini pentingnya penggunaan agent dalam jual beli hartanah. Mereka tidak hanya menjual. Mereka juga ingin mudahkan urusan proses jual beli hartanah anda. Agent akan bantu anda cari banker dan lawyer yang trusted dan boleh buatkan proses jual beli anda jadi lebih lancar.
Mereka lebih tahu bank mana yang sesuai dengan profil kewangan anda. Mereka lebih tahu firma guaman terbaik yang mana dapat melancarkan proses transaksi jual beli hartanah anda. Mereka juga akan bantu uruskan dokumen yang diperlukan oleh pihak bank & lawyer. Jika ada yang ingin membeli rumah menggunakan LPPSA, mereka turut boleh memabantu.
Kesimpulannya, itulah antara tugas-tugas seorang property agent. Mereka berperanan untuk memudahkan urusan jual beli hartanah anda. Seakan sama peranan seperti agent kereta. Yang hanya membezakannya dari segi produk sahaja. Yang paling penting adalah dapatkan bimbingan dalam jualan atau pembelian hartanah anda supaya tidak berlaku sebarang isu di kemudian hari. Semoga bermanfaat.
Belajar sesuatu? Ada yang nak kami bantu? Klik SINI
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
COMBO EBOOK KERETA DAN RUMAH LELONG
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/SPECIALRAYACOMBO/1258
BERANI LABUR @ LEBUR
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookBeraniLaburLebur/1258
UNTUNG KER BELI RUMAH SUB-SALE?
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
Combo Ebook Berani Trade
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/Trading/1258
Rahsia Tanah Anda
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258
3 in 1 Kombo Ebook Rumah Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
Panduan Lengkap Membeli Kenderaan Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/keretalelong/1258