Info Hartanah

Student Jangan Kena Scam Rumah Sewa

Semua sedia maklum, setiap tahun akan ada student yang terpaksa untuk duduk di luar kampus universiti. Maknanya di sini musim student akan mula mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kawasan universiti. Malangnya ada sesetengah student yang tak bernasib baik.

Dalam usaha mencari rumah sewa tu, ada pihak yang bertanggungjawab dan zalim mengambil kesempatan terhadap student. Mereka pilih untuk scam student-student ni. Boleh kata setiap tahun ada saja kes ni yang berlaku.

Apa yang boleh kita praktikkan as a student untuk elakkan kejadian scam rumah sewa ni berlaku pada diri korang? Apa cara nak detect rumah tu ada potensi nak kena scam? Jom kami share.

1. Hati-hati dengan iklan dummy

Student please hati-hati dengan iklan dummy. Iklan dummy ni macam mana? Iklan dummy ni biasanya dia akan iklankan rumah sewa yang sangat obvious murah dari pasaran sewa semasa di sesebuah kawasan. Selalunya nampak fishy iklannya.

Contohnya, korang ada buat study sikit area situ. Rumah double storey terrace house kalau furnished unit area situ mostly orang sewakan pada harga RM2k ke atas. Tiba-tiba korang scroll punya scroll nampaklah satu iklan rumah sewa. Nak rent out RM1000 je. Furnished jugak. Double storey. Korang pun macam “wowo murahnya”. Kat sini dah ada something wrong. Kalau RM1000 nak ke RM2000 sewa tu kan ada gap besar. 1k tu beza. Then, ada potensi tu scam advertisement.

Gambar pun kadang-kadang dorang letak satu dua sahaja dan ada certain tu rembat gambar orang lain untuk scam.

2. Jangan simply transfer dalam personal account

Please. Please. Please.

Jangan gatal tangan nak simply transfer duit korang pada account lain terutama dalam personal account. Bahaya tu. Kalau boleh buat step atau point no. 3 baru decide untuk transfer.

3. Datang view rumah

Kalau korang ada kelapangan, pakatlah dengan kawan-kawan korang yang nak duduk serumah nanti tu set viewing appointment sekali. Datang tengok keadaan rumah. Yang ni penting untuk korang nak confirmkan yang unit tu memang wujud. Ada keadaan yang mana, rumah yang diiklankan tak sama pun dengan gambar. Ada yang lagi sedih tu dalam gambar ada rumahnya, datang situ rupanya rumah tu tak wujud pun.

Yang paling syahdu, kalau korang dah simply transfer ke personal account lepastu baru korang tahu yang rumah tu tak wujud pun. Menangis tak berlagu. Duit burn, rumah tak dapat. Sakitnyaa tuhh di sini.

Selalunya yang nak scam rumah sewa ni tak berani nak datang pun view rumah sekali. Selalu mengelak.

4. Ada agreement

Make sure ada agreement. Agreement ni the best dalam bentuk bertulis sebab apa-apa jadi boleh refer balik agreement. Kalau korang nak lebih selamat, boleh deal dengan agent rumah. Ada orang taknak cari rumah sewa dengan agent sebab katanya mahal walhal agent iklankan rumah based on berapa yang owner letak dan lantik mereka. Lagi satu duit korang dan kepentingan korang terjaga. Sebab apa?

Dari awal, masa nak booking lagi dah ada agreement yang korang kena sign iaitu biasanya booking form atau offer to rent dan sewaktu dengannya. Biasanya masa ni kena booking 1 bulan sewa rumah. Yang lagi selamat booking ni akan transfer masuk ke dalam account company iaitu client’s account. Apa yang bagusnya, let say owner tarik diri nak sewakan atau owner breach of contract untuk booking form tu. Duit korang masih selamat dalam client’s account dan boleh dapat refund. Itulah antara kebaikan guna agent.

Selain itu, korang akan diuruskan sekali bab tenancy agreement. Dalam agreement ni semua details ada. Yang penting kena jelas. Baca dan hadam terms and conditions rumah tu. Tak faham boleh tanya.

“Tapi saya taknak deal dengan agent sebab deposit selalu tinggi”

Sebenarnya itu depends pada landlord. Tugas agent hanyalah menjalankan tugas mengikut requirement owner rumah. Agent pun biasanya faham tahap kewangan as a student macam mana.

Jangan risau. Andai kata nak minta deposit dikurangkan boleh sahaja, just request pada agent tersebut. Agent akan bincang dengan owner bagi pihak anda. Tugas mereka untuk berunding. Andai dapat. Selesai masalah. If tak boleh, jangan pula salahkan mereka sebab at the end yang berhak bagi keputusan adalah owner rumah sendiri.

5. Minta business card

Ada sesetengah yang risau jugak nak deal dengan agent. Paling senang korang minta business card. Dekat business card dah boleh detect PIC tu serve under company mana, cawangan mana dan no. telefon mereka. Kalau korang engage through WhatsApp pun dah boleh minta sebenarnya. Minta dia send gambar business card.

6. Deal dengan kenalan

Kalau korang nak lagi selamat. Deal dengan mana-mana kawan korang, kenalan, saudara dan lain-lain yang kerja bidang property yang korang trust. Minta dorang bantu uruskan.

Belajar sesuatu?

BACA: Apa Tugas-tugas Seorang Property Agent?

Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?

COMBO EBOOK KERETA DAN RUMAH LELONG
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/SPECIALRAYACOMBO/1258

BERANI LABUR @ LEBUR
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookBeraniLaburLebur/1258

UNTUNG KER BELI RUMAH SUB-SALE?
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

Combo Ebook Berani Trade
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/Trading/1258

Rahsia Tanah Anda
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258

3 in 1 Kombo Ebook Rumah Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

Panduan Lengkap Membeli Kenderaan Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/keretalelong/1258

FacebookTwitterLinkedInEmailWhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword