Info Hartanah

Macam Mana Nak Kurangkan Risiko Beli Rumah?

Kami faham rata-rata bakal pembeli rumah akan ada kerisauan untuk membuat keputusan dalam pembelian rumah. Hal ini demikian, kita semua tahu harga rumah bukan murah. Semuanya melibatkan angka besar. Macam-macam yang mungkin anda risaukan. Ada risiko tak kat sini? Ada risiko tak kat sana?

Namun apa solusi bagi permasalahan ini? Apakah cara yang anda boleh buat sebagai bakal pembeli untuk kurangkan risiko beli rumah. Jawapannya tak lain dan tak bukan adalah dengan TAMBAH ILMU.

Tambah lebih banyak ilmu pengetahuan tentang pembelian rumah. Dari usaha ini, anda akan timbul rasa lebih yakin dari sebelumnya. Pada saat ini anda akan bertindak berlandaskan ilmu. Maka percaturan dan strategi membeli anda dah boleh nampak gambarannya.

Jadi macam mana anda boleh buat untuk TAMBAH ILMU tentang HARTANAH?

Boleh guna 3 cara ini. Cara ketiga paling MANTAP!

1. Follow account atau page yang sering berkongsi tentang hartanah

Pada era dunia serba canggih ini, kebanyakan info dan ilmu kita boleh dapat di hujung jari sahaja. Tinggal nak buka gajet dan search di Google atau mana-mana media sosial. Bermacam-macam ilmu ada. Bagi anda yang nak tambah ilmu hartanah, anda boleh follow mana-mana individu yang boleh kata hari-hari bercerita tentang hartanah dan kewangan sebagai contoh Tuan Azizul Azli Ahmad.

Banyak ilmu dan strategi yang boleh anda belajar Ada juga individu-individu lain yang anda boleh follow. Ilmu itu datang dalam berbagai bentuk sama ada melalui video, penulisan, infografik dan bermacam lagi.

Selain itu, boleh banyakkan membaca artikel-artikel di website hartanah macam website HartanahSentral. Ada info-info yang mungkin anda tak pernah tahu tapi kami kongsikan dalam penulisan artikel.

2. Bertanya pada mereka yang berada dalam bidang hartanah

Di samping itu, anda boleh bertanya terus pada kawan atau mana-mana kenalan anda yang berada dalam bidang hartanah. Lebih-lebih lagi jika ada antara kenalan anda itu dari kalangan ejen hartanah dan peguam hartanah.

Mereka lebih tahu selok belok penjualan dan pembelian rumah yang dipraktikkan di Malaysia. Dari segi kos-kos yang terlibat, proses, pemilihan hartanah dan lain-lain. Jangan malu untuk bertanya dan minta mereka bimbing anda dalam pembelian rumah.

3. Banyakkan membaca buku

Zaman-berzaman membaca buku akan tetap valid sampai bila-bila. Jadikan membaca sebagai satu platform untuk memperbaiki dan tambah nilai diri kita. Semakin banyak pembacaan, semakin banyak ilmu yang diperolehi. Macam kami sebutkan pada awal penulisan tadi, dunia hari ini makin canggih. Bukan setakat buku fizikal sahaja yang ada, bahkan ebook pun banyak yang ada dalam pasaran hari ini. Mudah je. Pembacaan terus melalui gajet yang anda ada.

Jika anda nak dapatkan ebook hartanah boleh klik SINI

Jadi, itu sahaja untuk artikel kali ini. Moga sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan buat semua pembaca.

Nak kami bantu anda dalam penjualan atau pembelian hartanah? Tekan link di bawah

  1. Borang Jual Hartanah
  2. Borang Beli Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare

Enter your keyword