Terdapat beberapa cara sebenarnya yang boleh anda gunakan untuk menjana keuntungan melalui hartanah terutama hartanah yang berada dalam kategori bangunan kediaman. Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan cara buat duit dengan hartanah.
1. Sewaan
Cara pertama ialah dengan membuat sewaan. Selepas anda berjaya memburu rumah pelaburan, anda boleh jana keuntungan melalui sewaan hartanah. Pastikan anda ambil tahu rental rate kawasan sekitar. Jika anda bijak memilih hartanah yang betul, maka sewaan anda berpotensi untuk cover installment bulanan rumah anda. Sama ada ia dalam bentuk break even atau positive cashflow. Kalau anda berjaya sewakan dalam keadaan positive cashflow bermakna anda ada duit lebihan yang boleh digunakan untuk cover beberapa kos lain (cukai, maitenance etc.)
2. Homestay
Cara kedua ialah dengan jadikan rumah pelaburan anda sebagai homestay. Anda perlu set up cantik-cantik rumah anda lengkap dengan perabot-perabot rumah seperti sofa, katil, tv, kabinet, meja makan dan beberapa kelengkapan lain. Dengan cara ni, lebih ramai orang akan tertarik untuk menginap di kediaman homestay anda. Namun begitu, selalunya cara ini cenderung untuk menjana keuntungan semasa cuti hujung minggu, cuti perayaan dan cuti umum. Hari bekerja kurang mendapat sambutan.
3. Jualan
Cara ketiga ialah dengan penjualan rumah. Untuk beberapa tempoh lamanya, rumah anda akan meningkat dari segi nilai dan harga hartanah. Bermakna akan ada capital appreciation yang menyebabkan rumah anda ada capital gain. Jika lokasi rumah anda di kawasan strategik, market value rumah anda berpotensi untuk meningkat dengan lebih baik.
Itulah antara cara yang anda boleh gunakan untuk menjana keuntungan dengan hartanah.
Apa pendapat anda? Nak cari rumah untuk ownstay atau investment? Klik SINI
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
1. Kombo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258