Info Hartanah

3 Ciri Muslim Hebat Beli Rumah

Muslim yang hebat tidak hanya membeli rumah semata-mata untuk menetap sahaja. Mereka akan mengambil tahu beberapa perkara sebelum membuat keputusan. Antaranya:

1. Ambil tahu lokasi surau/masjid sekitar

Muslim yang hebat akan ambil tahu lokasi masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah yang bakal dibeli. Bagi mereka perkara ini penting terutama jika anda seorang lelaki. Sebab mereka ambil berat tentang mana lokasi mereka akan solat jumaat, solat fardhu berjemaah, tarawih di bulan Ramadan dan sebagainya.

Selain itu, ada sesetengah pembeli memang dah target untuk beli rumah yang berdekatan dengan masjid atas sebab-sebab tertentu. Antara sebabnya mudah untuk beribadah di masjid/surau, mudah untuk dengar azan dan mudah hadirkan diri ke kuliah/ceramah.

2. Ambil tahu kedudukan kiblat dalam rumah

Pembeli muslim yang hebat akan ambil tahu kedudukan kiblat dalam rumah. Hal ini penting untuk pastikan ibadah solat 5 waktu sehari semalam dilakukan dalam keadaan yang sah dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

3. Ambil inisiatif bincang dengan pasangan untuk dapatkan kata sepakat beli rumah

Muslim yang hebat tidak membuat keputusan dalam keadaan mementingkan diri sendiri. Mereka yang hebat akan berbincang dengan pasangan mereka sebagai suami dan isteri supaya keputusan yang bakal dibuat adalah dalam keadaan yang bernas dan mendapat kata sepakat bersama. Berbincang dari segi kewangan, pilihan rumah dan lokasi yang diminati.

Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?

1. Kombo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258FacebookTwitterLinkedInEmailWhatsApp

Related Posts

Compare

Enter your keyword