Bila anda appoint property agent untuk jualkan atau sewakan rumah anda, selain daripada mereka meminta details rumah anda menerusi apa-apa bentuk komunikasi, property agent lazimnya akan request pada owner atau landlord untuk buat property inspection.
Sebenarnya penting bagi seseorang property agent untuk buat property inspection untuk rumah anda. Ia tidak hanya penting untuk agent sahaja malah memberi kelebihan pada pihak owner juga. Ada 5 sebab kenapa ianya penting.
1. Legit
Tujuan paling utama property inspection dilaksanakan ialah untuk memastikan rumah itu benar-benar wujud. Ada sesetengah keadaan yang mana rumah yang diminta untuk dijualkan atau disewakan sebenarnya tidak wujud. Ada individu yang menggunakan details & random gambar yang diperoleh dari mana-mana sumber (random) berfungsi sebagai dummy untuk memperdayakan mangsa.
Maka, inspection antara salah satu skop kerja yang agent perlu lakukan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak sepatutnya berlaku sebelum, semasa atau selepas sebarang transaksi hartanah berlaku.
2. Defects
Selain itu, ia bertujuan untuk mengenalpasti sebarang kerosakan atau defects yang ada pada unit hartanah yang ingin dijual. Dengan inspection, property agent dapat explain pada potential client dengan baik jika ada sebarang masalah atau kerosakan yang ada pada rumah. Maka tiada misleading info akan berlaku sekaligus jelas untuk kedua-kedua belah pihak. Sama ada pihak landlord & tenant atau pihak vendor & purchaser.
Andai kata nak jual atau sewakan as where as is basis pun agent dapat terangkan dengan baik pada client. Jadi dari awal deal sudah jelas tentang keadaan rumah.
3. Marketing
Inspection penting untuk tujuan marketing. Tugas agent tidak hanya memeriksa keadaan rumah anda. Agent juga akan mengambil gambar unit hartanah di setiap sudut rumah. Kemudian, mereka akan membuat aktiviti pemasaran rumah anda. Hal ini demikian, ia bertujuan untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik supaya lebih ramai pembeli berpotensi untuk berminat dengan rumah anda.
Ada sesetengah agent akan mengambil video unit untuk memudahkan mereka memasarkan rumah anda di platform-platform video yang terkini. Justeru itu, ia akan memberi satu pengalaman baru kepada audience untuk menentukan keadaan rumah menerusi online platform. Exposure rumah anda juga akan meningkat serta membolehkan penyewaan atau penjualan hartanah anda lebih pantas.
4. Details
Tambahan lagi, semasa sesi inpection kebiasaannya agent akan bertanyakan details lain yang perlu. Ada keadaan di mana, owner rumah hanya memberikan details yang ringkas sahaja. Maka, semasa sesi ini agent akan cuba dapatkan details penuh rumah anda.
Dari segi jumlah tingkat, jumlah bilik, keluasan tanah, keluasan binaan, status pegangan, fasiliti yang disediakan, maintenance fee(jika ada), harga dipinta dan lain-lain info yang berkaitan.
5. Value
Justeru itu, inspection penting untuk property agent dapatkan info terkini dan lihat keadaan sebenar rumah anda untuk dapatkan market value hartanah. Hal ini kerana ada sesetengah hartanah ada renovation atau ubahsuai, maka penting untuk agent dapat the lastest condition. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan harga yang dipinta melebihi harga pasaran kerana ia boleh menjejaskan demand dari buyer terhadap rumah anda. Jika harga yang tepat dan sesuai dengan kondisi rumah dipasarkan, maka tinggi potensi rumah anda terjual/disewakan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, property inspection sememangnya penting untuk seseorang property agent dan pihak owner juga perlu faham kepentingan tugas ini dilaksanakan. Ianya sebagai langkah untuk memastikan rumah itu benar-benar wujud, mengelakkan tiada misleading information berlaku, mendapatkan kualiti gambar yang terbaik, dapatkan details penuh rumah anda dan tak lupa juga untuk mendapatkan nilai pasaran hartanah anda.
Itu sahaja untuk penulisan artikel kali ini. Moga dengan ilmu ini dapat anda ambil input dan bermanfaat untuk diri anda. Jangan lupa untuk ikuti kami untuk artikel yang seterusnya.
Nak beli jual atau sewakan rumah boleh klik SINI
BACA: PROPERTY VIEWING: WHY IS IT IMPORTANT?
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
COMBO EBOOK KERETA DAN RUMAH LELONG
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/SPECIALRAYACOMBO/1258
BERANI LABUR @ LEBUR
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookBeraniLaburLebur/1258
UNTUNG KER BELI RUMAH SUB-SALE?
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
Combo Ebook Berani Trade
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/Trading/1258
Rahsia Tanah Anda
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258
3 in 1 Kombo Ebook Rumah Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
Panduan Lengkap Membeli Kenderaan Lelong
https://rumahlelong.onpay.my/order/form/keretalelong/1258